Selasa, 27 Januari 2015

Video - Kenali Kelengkapan Videografi

Assalamualaikum kepada sahabat semua dan salam sejahtera. Rasanya aku tak pernah lagi keluarkan atau shared dengan korang berkenaan dengan videografi atau cinematik lagi kan. Jadi, kali ini aku akan menyentuh sedikit tentang kelengkapan yang sering di gunakan untuk videografi.

Di dalam soal peralatan, banyak yang mengatakan, untuk mendapatkan hasil video atau futej (footage) yang baik memerlukan peralatan yang cukup dan canggih. Aku boleh katakan Ya dan juga Tidak. Kenapa? Aku pernah merakamkan satu short film (filem pendek) pada satu ketika dahulu, di mana aku mula belajar tentang videografi ini. Ketika itu, aku hanya menggunakan DSLR yang mampu merakan video dengan menggunakan tripod yang mempunyai video head sahaja. Tetapi hasilnya diluar jangkaan. Ok, berhenti disitu, dan korang boleh fikirkan apa yang tersirat dari cerita aku tadi.

Peralatan asas di dalam videografi adalah :

// Wajib Ada :
1. Kamera yang mampu merakam video seperti Camcoder & VDSLR (jika boleh yang boleh merakam saiz HD penuh)
2. Tripod - Headball tidak sesuai bagi kerja-kerja perfileman atau rakaman video.
3. Memori Kad 16GB ke atas dengan menggunakan Kelas 10 (kerana mampu menyimpan data lebih laju)

Kamera VDSLR

Memori Card : CF Card High Capacity

Memori kad : SD Card Class 10

Tripod with Video Head


// Peralatan Tambahan yang di kira sangat penting :
1. Lampu LED ( Kegunaan kesan cahaya waktu kurang cahaya )
2. Ext. Microphone ( di pasaran kebanyakkan menggunakan RODE Mic )
3. Stablelizer - Untuk memastikan kesan gegaran dapat dikurangkan ketika memerlukan pergerakkan yang tidak statik atau banyak.

Video Light

Steadycam/Stablelizer - Flycam
External Microphone


// Peralatan Tambahan :
1. Video Slider
2. Dolly
3. Jib Crane
4. Quadcopter Drone (ini yang terbaru dalam industri perfileman di malaysia)
5. Audio Mixer Recoder - H1 Zoom
6. Clipper Board
7. Microphone
8. Mini Mic
9. Vest Support Stablelizer Flycam

Video Slider

Video Dolly

Mini Jib Crane

Clapper Board

Audio Recorder


Clipped Mini Mic

Quadcopter Drone With Camera


Secara amnya peralatan di atas adalah mencukupi bagi bagi kerja-kerja merakam video dengan hasil yang baik, tetapi pada dasarnya segala kelengkapan ini perlu di sertakan dengan ilmu videografi + cinematic.

Akan datang aku akan cuba sampaikan tentang kegunaan dan cara mekam video pula.


2 ulasan:

  1. Boleh x nak belajar dengan cik dan berapa bayarannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu..dan boleh follow saya di fb : Mrashidiisa Photography..

      Padam

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!