Khamis, 7 April 2016

Blog Review : Filmora - Video Editor

Assalamualaikum sahabat dan pembaca blog ini. Kali ni aku nak shared sedikit pasal satu perisian video editing yang sangat simple-mimple tapi power, iaitu Filmora by Wondershare.

Kenapa review kali ni mengambil perisian Filmora sebagai  perkongsian dan rujukan adalah kerana kapabiliti perisian ini yang sangat mengangumkan aku apabila transition, word animate, effect dan lain-lain sangat baik dan mudah untuk digunakan.


Sebenarnya saya nak listkan beberapa perisian video editor, tetapi memandangkan ramai yang nak fast result dan malas nak try and error, maka saya kongsikan perisian ini. Perisian Filmora ini telah mengeluarkan versi 7 dan paling baru.


Sumber Youtube : Filmora Text Effect

Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam perisian ini, anda boleh membuat suntingan :

- Cut Clip
- Split screen
- Drag & Drop Clip
- Effect Text Editor yang sangat bagus seperti menggunakan perisian Adobe After Effect.
- Greenscreen Editor
- 4K Video Support
- Overlay - flare effect, Bokeh & light leak.

Manakala untuk proses output pula, ianya terdapat banyak pilihan samada export kepada format video asas, media social, smartphone dan lain-lain, rujuk di bawah :


Dan apa yang boleh saya katakan ianya sangat mudah dan senang. Anda tidak perlu menjadi video editor profesional, tetapi dengan filmora anda boleh edit video dengan baik.

Jika anda merasakan masih ada kekurang efek, anda boleh mendowload secara percuma (kepada yang beli full version).

Bagi saya yang menggunakan Adobe Premiere Pro & After Effect dan bekas pengguna FCP..adalah sangat-sangat teruja bila lihat perisian ini. Mungkin ianya tidak setanding dengan Adobe atau pun FCP, tetapi ianya lebih dari sekadar cukup bagi pengguna yang bukan dalam industri video kreatif.

Secara keseluruhan komen saya adalah :

Interface : Mesra pengguna
Effect : Mudah digunakan
Export Output : Banyak Pilihan
Peranti : Windows, Mac, IOS, Android

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!