Selasa, 3 Februari 2015

Foto - Fahami Cahaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam februari :-) hehe..
Ok, untuk perkongsian kita untuk kali ini adalah berkaitan dengan fotografi (atau kegunaan videografi). Dimana fotografi dan pengemar yang meminati dunia foto ini barkait rapat dengan Cahaya. Tapi sejauh mana pemahaman kita tentang cahaya di dalam fotografi. Tetapi, Cahaya bukan hanya merujuk pada fotografi, tetapi dalam bidang lain juga memainkan peranan jika dikaji sebaik mungkin.

 Kebanyakkan tutorial yang ada kini lebih menceritakan tentang kegunaan asas fotografi dan penggunaan lensa atau peralatan-peralatan yang memakan belanja ribuan ringgit. Jika anda melabur pada perkakasan yang menelan belanja yang banyak, tetapi anda tidak memperdulikan tentang cahaya, ianya ibarat Buah Durian tumbuh di pokok Manggis (haha..istilah aku jgn tanya apa dan kenapa?).

Di sini aku nak kongsikan sedikit penerangan tentang cahaya secara asas. Dimana anda mungkin boleh menggunakan asas cahaya ini sebagai latihan atau amali tugasan anda diluar sana.

Ada beberapa jenis cahaya yang boleh anda pelajari antaranya :

// Cahaya bergerak lurus 
// Pantulan Cahaya
// Biasan Cahaya

# Cahaya Bergerak Lurus

// Pada gambarajah di atas, Jika cahaya yang bergerak lurus melanggari sesuatu objek bukan lutsinar/telus cahaya (Transparent), makan akan cahaya yang jatuh di atas pemukaan akan mempunyai 3 bahagian cahaya iaitu:

- Highlight = Cahaya Terang yang paling dihadapan dekat dengan sumber cahaya
- Midtone = Cahaya Tempias hasil dari bentuk dan permukaan objek. Hasil Cahaya 50% dari sumber cahaya yang jatuh di atas permukaan hadapan (Hightlight)
- Shadow = Bayang yang terhasil daripada Objek permukaan hadapan yang terhalang dan menjadikan belakang objek atau objek lain yang berada di belakangnya juga tiada kesan jatuhan cahaya.

# Pantulan Cahaya

// Pantulan cahaya memainkan peranan di dalam teknik fotografi dimana cahaya yang yang bertindak lurus boleh dipantulkan semula pada permukaan yang licin dan rata, cerah dan bukan telus cahaya (lutsinar).
// Proses balikkan cahaya ini dapat membantu jurufoto merakam ambient cahaya dengan lebih baik. Dengan kata lain, jika kita mengambil gambar dengan berlatar belakangkan cahaya yang kuat dan muka subjek menjadi gelap maka kesan itu di panggil "back light" . Tetapi dengan bantuan reflector (pantulan) ini, ianya dapat meperbaiki semula kesan cahaya ke atas muka subjek tersebut.
- Contoh jika tiada penggunaan reflector :
- Contoh jika menggunakan reflector :
# Biasan Cahaya

// Untuk biasan cahaya pula, ianya hampir sama dengan pantulan cahaya, tetapi ianya lebih membiaskan atau menyelerakkan arah pantulan cahaya yang jatuh ke atas permukaan untuk dipantulkan semula.
// Kebiasaannya biasan cahaya ini boleh digunakan untuk tujuan stock photography atau mengambil kesan cahaya yang dipanggil "light leak" untuk digunakan bagi manipulasikan kesan foto yang lain.


Tutorial perkongsian tentang cahaya ini boleh juga digunapakai untuk kerja-kerja videografi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!