Assalamualaikum, rasa sunyi pulak dan ada yang dah bertanya mana update yang terbaru. Maaf aku pohon atas kelewatan dan kekurangan waktu yang tidak mengizinkan aku untuk meng-update blog ini. Ok.
Kenapa aku sering sibuk sejak dua menjak ini adalah kerana aku fokus pada satu bahagian fotografi dimana bagi aku masih ramai yang tidak tahu, atau dah tahu, atau yang sudah cuba dan macam-macam lagi. Apa itu?
STOCK PHOTOGRAPHY!
Kalau di Malaysia, mudahnya dikenali sebagai penjualan foto, hasil grafik dan footage video. Tetapi berapa kerap pembelian sesuatu hasil foto/video/grafik yang boleh dijanakan dari pendapatan ini? Dan berapa ramai khusus dari negara kita Malaysia yang rajin atau; pernah atau; suka membeli imej dari agensi penjualan foto/video/grafik ini? Secara am-nya kita masih kurang dari segi pemahaman penggunaan HAK bagi setiap foto/video/grafik yang berada di Google atau laman sesawang yang lain. Secara dasarnya kita lebih mengambil jalan "MUDAH" dengan mendownload secara terbuka melalui image google.
Agensi-agensi popular untuk penjualan STOCK PHOTOGRAPHY!
1. SHUTTER STOCK - http://www.shutterstock.com/
2. 123 Royalty Free (123RF) - http://www.123rf.com/
3. DREAMSTIME - http://www.dreamstime.com/
4. FOTOLIA - http://www.fotolia.com/
5. iStockPhoto - http://www.istockphoto.com/
dan banyak lagi..serta ini adalah yang sering digunakan oleh pengemar pengumpul dan pejual stock imej di dunia. Untuk ketahui laman agensi lain boleh layari page ini :: http://www.photo-marketing-tips.com/?page_id=32
Dan pengalaman aku dalam mengendalikan stock photo ini adalah sesuatu pengalaman yang agak seronok dan mencabar. Kenapa? Dalam satu masa untuk kita menceburi cabang ini, setiap agensi akan memberikan anda ujian asas terlebih dahulu sebelum anda menjadi penyumbang atau lebih dikenali sebagai "Contributor"
untuk memulakan servis dan penyumbang imej yang bakal di jual kepada pasaran global.
Aku juga masih baru dalam bidang ini, dan masih lagi menuntut ilmu. Kerana masih banyak yang perlu diperlajari tentang penjualan imej dan lain-lain daripada cikgu-cikgu yang aku kenali.
Dan ini pula adalah link aku yang korang boleh lihat. (maaf kalau masih x banyak hasil yang aku masukkan..kerana bukan mudah agensi nak melepaskan sesuatu imej bagi setiap imej yang kita cuba masukkan ke dalam account stock photo kita). :: http://www.shutterstock.com/g/Mrashidiisa?rid=1559501
Okey, rasa cukup untuk post kali ini, akan ku sambung balik tajuk ini pada masa akan datang dalam Foto - Stock Photography! Part 2
Ahad, 18 Januari 2015
Foto - Stock Photography!
Label:
belajar,
Blog,
foto,
fotografi,
kamera,
kelas,
kursus,
Photography,
Photoshop,
review,
Tutorial Photoshop,
workshop
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jom Baca Ini!
-
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Umat Muslim terutama yang...
-
Mungkin dikalangan anda ada yang tidak tahu tentang shutter count? Ape benda pulak shutter count ini. Ok, shutter count ini bermaksud bilang...
-
Assalamualaikum kepada sahabat semua dan salam sejahtera. Rasanya aku tak pernah lagi keluarkan atau shared dengan korang berkenaan dengan v...
-
Assalamualaikum sahabat dan pembaca blog ini. Kali ni aku nak shared sedikit pasal satu perisian video editing yang sangat simple-mimple tap...
-
Salam, ni post pertama rasanya untuk tahun ni..agak slow..sbb nak bahagi masa dengan kerja dan lain2..ok..posting kita kali ni lebih kepada ...
-
Assalamualaikum. Ok hari ini aku nak kongsikan satu teknik yang sangat mudah bagi pengguna photoshop semua. Siapa yang ada Adobe Photoshop C...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca rashidiisadotblogsoptdotcom. Terima kasih atas support korang sebab merajinkan...
-
Assalamualaikum, bukan sepi itu tiada, bukan diam itu tiada kerja..haha..berfalsafah pulak.. Agak terkejar-kejar dengan masa dunia, family,...
-
Salam semua, alhamdulillah kesihatan semakin baik, dari demam beberapa hari yang lepas. Ni semua gara-gara bercuti sakan..haha..(ambik ko de...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ok post kali ini tiada yang istimewa, cuma mahu berkongsi sedikit tentang review gadget semasa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan