Rabu, 15 Oktober 2014

PS - Cara Mudah Memperbetulkan Distortion Pada Gambar

Assalamualaikum. Ok hari ini aku nak kongsikan satu teknik yang sangat mudah bagi pengguna photoshop semua. Siapa yang ada Adobe Photoshop C6 & CC sahaja yer (haha..bukan Buyers..tapi ikot keadaan semasa).

Ok tutorial kali ini adalah untuk anda para-para sakura Photographer sekalian yang seringkali ada masalah gambar DISTORT (tidak lurus Horizontal+Vertical Subject pada View of Interest anda). Gambar seperti ini sering berlaku bila anda (photographer yang suka sangat guna lens Wide dan x suka pada distortion ni tapi ianya tetap berlaku.)

So ini adalah langkah yang sangat mudah untuk korang selesaikan masalah ini. Terima kasih pada Adobe yang sering kali menambah baik software kesayangan ramai ni.

Perisian : Adobe Photoshop Cs6 & CC
Peringkat : Asas
Tajuk : Memperbetulkan Distortion Gambar

Sebelum



Selepas





Langkah #1

Open Photoshop Cs6 & CC
File > Open > Browse Image



Image diatas ini adalah image dari kamera yang menggunakan wide lens.
* Arrow Merah menunjukkan arah Distord pada image


Duplicate Image tersebut ( Ctrl+J )
** Kenapa perlu duplicate? Ini disebabkan untuk menyimpan image asal menjadi Master Image.


Langkah #2

Select Image Layer yang telah di duplicate tadi kemudian,
Filter > Adaptive Wide Angle



Didalam Windows Adaptive Wide Angle terdapat Tools Contraint Tools (C) - Klik tools tersebut.
Kebiasaannya dekat menu Correction ianya akan terus set pada Fisheye. Tukarkan Mode Fisheye > Perspective


Dan image anda akan diperbetulkan secara Automatic. 


Klik Ok dan menunggu Pshotoshop proses image anda



Siap!

Untuk melihat hasil, boleh klik pada Icon Mata pada layer tu untuk tutup hide layer atau Appearkan layer tersebut.

Mudahkan. Hanya beberpa klik sahaja.
Nanti akan aku updatekan penggunaan tools di dalam Adaptive Wide Angle untuk lebih details pulak.


p/s : Kenapa aku guna image Family Wedding ni..sebab rasanya aku dulu nak belajar pasal distort ni asyik gambar building jer sebagai rujukkan. So aku attachkan gambar ni, sebba kat Malaysia ni rata-rata photographer adalah dari wedding photographer.

Sekian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!