Sabtu, 3 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Rasanya sempat lagi kalau aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca sekalian. Maaf, kerana bulan lepas agak kurang post atau tutorial. Bukan tiada bahan, tetapi ada beberapa kerja yang sangat penting menanti dan perlu disusun untuk jadual tahun 2015.

Baik, sebelum pergi jauh untuk berceloteh kat sini, aku nak shared sket apa yang akan aku buat pada blog ini. Perancangan aku tahun adalah nak menaik taraf blog ini kepada domain yang lebih berkesan untuk aku share knowledge kepada pembaca semua tertama yang mahu belajar dan mengumpul maklumat dan tutorial yang sekarang ni agak melambak di pasaran didalam Bahasa Inggeris. Ada beberapa laman yang sama seperti aku lakukan seperti Sifoo.com, tarmizishukri.com, adhadi.com dan lain-lain juga dalam bahasa Malaysia. Bukan untuk bersaing, tetapi cuba memperbanyakkan maklumat didalam pasaran internet bahasa kebangsaan kita. Mungkin bahasa yang aku gunakan agak kasar dari segi penyampaian, tetapi aku melihat itu tidak menjadi masalah, kerana aku mahukan suasana yang santai dari segi penyampaian. Korang selesa dan faham dengan penyampaian aku, Alhamdulillah.

Yang ke-2 pula, aku dalam menguruskan jenama sendiri dalam dunia fotografi iaitu LALALALASTUDIO serta fan page peribadi juga mrashidiisaphotography. Boleh buka facebook dan like!

Yang ke-3, ada beberapa siri tutorial DVD juga dalam proses kemas kini, kerana versi terdahulu aku peram dan tak sempat nak jual kerana perlu penambah-baikkan dari segi versi terbaru yang sedang digunapakai diseluruh dunia.

Yang ke-4, benda ini sangat penting, nanti ada masa aku shared tutorial atau pengalaman aku. Apa benda pulak tu? Iaitu STOCK PHOTOGRAPHY! Aku sekarang tengah berusaha keras mengumpul bahan-bahan, tajuk dan permintaan tinggi yang dikehendaki oleh agensi yang menyediakan khidmat penjualan imej/foto ini. Alhamdulillah semalam dah submit, dan re-new balik passport..Senang la nak Kachingg! (Ape pulak Kachingg ni?..Tunggu..nanti cerita lain entri).

Yang ke-5, tahun ni kena kerja keras, sebab nk dapat pemata baru lagi..rezeki. ^^

Yang ke-6, nak memastikan setiap bulan minimum 4 post tutorial untuk blog ini. InsyaAllah.

Yang terakhir, harap korang yang membaca dapat membantu juga menyampaikan dan menegur jika ada salah atau kesilapan yang aku cuba sampaikan ini ada kekurang dalam segala segi.

Terima kasih ^^  aku ucapkan, kepada sesiapa yang dapat baca sehingga titik tepi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!