Ok, posting kali ini berkaitan Tips Miliki DSLR sendiri. Kenapa post ini di karangkan. Sebab aku juga pernah mengalami masalah dan kesusahan untuk memilik kamera DSLR dulu masa mula-mula nak berjinak-jinak dan seakan suka-suka.
Sony Alpha A200
Nikon D90
Nikon D7000
(sumber dari Google Image)
Baik aku ceritakan dahulu pengalaman aku mula mendapatkan DSLR pertama aku. Tahun 2008, DSLR Sony Alpha 200 - Ini adalah model pertama yang aku miliki. Hampir setahun aku gunakan. Dan nak dapatkannya masa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Hasil dari menyimpan beberapa bulan dengan tekad aku mampu membeli sebuah DSLR. Tapi masa tu guna pun tidak la cekap dan pemahaman dslr sangat-sangat kurang tidak seperti sekarang zaman internet di tangan, senang dapat. Kemudian aku mula belajar tentang kamera, fungsi-fungsi, masalah lazim, latihan dan praktikal dari asas fotografi sehingga membeli kamera dan peralatan-peralatan tambahan yang lain. Selepas Sony, aku bertukar kepada Nikon (D90 - Pertengahan 2009), Nikon D7000 first manufacturing Japan (2010) dan sekarang kepada Canon.
Cara Membeli Kamera DSLR
Terdapat beberapa cara yang boleh anda beli sebuah kamera DSLR, tetapi ada beberapa faktor utama yang perlu anda fahami sebelum membeli. Kerana faktor rugi, faktor kepuasan harus lah di titik beratkan.
Sebelum saya terangkan faktor rugi dan kepuasan, anda harus kenali dahulu tentang elemen pemilihan bagi memiliki sebuah DSLR. Terdapat dua jenis pemilihan iaitu membeli barangan Baru dan Terpakai.
Kamera Baru vs. Terpakai
Kamera baru ada yang mempunyai nilai susut yang tinggi dan ada nilai susut yang rendah begitu juga dengan yang terpakai, Akan tetapi Value of Money pada kamera baru yang mempunya nilai susut yang rendah sangat-sangat di titik beratkan, dan bukan sahaja kerana aspek fungsi kamera yang bagus tetapi beberapa aspek "Brand and Humans Choice" . Berhati-hati semasa membeli, kerana banyak kamera baru yang mempunyai nilai susut yang tinggi (ini kena lihat dan kaji dahulu sebelum membeli)
Kelebihan kamera baru adalah kerana ianya :
i. Masih "0" shutter.
ii. Seal Box.
iii. Dalam Jaminan Penuh ( Warranty )
iv. Khidmat servis dari syarikat yang murah (kadang kala percuma)
v. Ada Free Gift dari kedai
Kelemahan Kamera Baru adalah kerana :
i. Jika keluaran Pertama ianya sangat mahal berbanding harga pada keluaran seterusnya.
ii. Masih lagi dalam keadaan Beta (kerana pihak pembuatan menunggu dan melihat masalah-masalah yang bakal timbul dari pembeli - Hasil dari Maklum Balas pengguna)
Kamera Lama dan Terpakai pula mempunyai kelebihan dan kekurang jika pembeli tahu melihat dan menilai akan sesuatu barangan terpakai. Pada kamera DSLR, kamera terpakai dilihat dari beberapa sudut sebelum membeli. Antaranya adalah Brands, Model, Nilai Susut, Remaining Shutter Count, dan keadaan barangan kamera tersebut.
Selain itu jika dah membuat kajian tentang perkara di atas permilihan Pemjual juga harus perlu di ketahui. (lihat posting di bawah)
// Jenama Terkenal : Canon, Nikon, & Sony antara jenama yang mendapat sambutan ketika ini.
// Model Pilihan :
Canon : 5DM1 - 5DM3 (Bagus dari segi Kualiti, Value Trade, & hasil Video (5dm2 & 5dm3)
7DM1 & 7DM2, 60D & 70D (Untuk pemilihan Video)
Nikon : D800, D600 (Bagus dari segi Kualiti, Value Trade)
D7000 & D7200, D80 (Cmos Sensor) , D90
Sony : A7r, A7 (full Frame)
A5000, A6000 (Mirrorless)
A58, A77, A99
// Nilai Susut yang agak baik (seperti model dan jenama yang diatas) adalah panduan untuk membeli.
// Shutter Count sangat-sangat perlu untuk di ketahui sebelum membeli kerana DSLR merupakan kamera binaan Mekanikal yang mempunyai had umur. Had umur sesebuah DSLR adalah bergantung kepada berapa nilai Shutter Count ini.
Selalunya nilai susut yang rendah (harga masih tinggi) adalah pada shutter count "1~40K", dan jika SC lebih tinggi sehingga mencapai nilai SC hampir 120k~140k haruslah berhati-hati dan perlu bertanya kepada pejual samada mekanikal shutter sudah ditukar baru atau asal. Jika asal, harga jualan harus murah, dan jangka hayat kamera pasti akan mengalami masalah atau jem (stuck) semasa menekan shutter.
Kondisi Barang Calar
(sumber dari gadget di jepun)
Kondisi Barang Calar
(sumber dari gadget di jepun)
Kondisi Barang Hilang Cover Body
(sumber dari gadget di jepun)
// Item Conditon (keadaan barangan) adalah perlu di ketahui daripada penjual seperti Calar, Fungus, Retak, Tidak Berfungsi, Blade Patah, AF tidak berfungsi, Aperture mengalami masalah dll.
Faktor Rugi : Adalah dari segi "value of money" kerana jika pembeli tidak mengetahui seperti perkara-perkara di atas (Model, Nilai Susut jika untuk jual semula, shutter count & keadaan barangan), maka faktor kerugian akan timbul pada anda.
(sumber dari Google Image)
Faktor Kepuasan : Dari segi kepuasan menggunakan DSLR terutama belian "Terpakai" akan jatuh kerana ada masala-masalah seperti yang dinyatakan pada Item Condition.
Di sini saya akan menyenaraikan Penjual Barangan Kamera Terpakai yang boleh dikatakan Trusted Seller & harga yang boleh layan :
1. Gadjetdijepun (Baru & Terpakai Jepun Blog & Facebook)
2. Jepun Niaga (Baru & Terpakai Jepun Blog & Facebook)
3. Cipta Angun (Terpakai - Facebook )
4. KL Used Camera and Lenses [http://kldslr.com/] (Terpakai Blog & Facebook )
5. Cam3ra360 [http://www.cam3ra360.com/] (Terpakai Blog & Facebook)
P/s : Jika anda ada sebarang pertambahan dan pertanyaan sila komen or pm sy di facebook atau di sini. tq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan