Rabu, 30 Mac 2016

Blog : Data Recovery



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca rashidiisadotblogsoptdotcom.
Terima kasih atas support korang sebab merajinkan diri membaca blog aku ni. Ok, blog ini banyak berkongsi ilmu berkenaan fotografi, videografi, grafik, bengkel dan yang berkaitan pada sesiapa yang baru masuk blog ini.

Kali ini aku nak shared satu masalah yang sangat-sangat ditakuti oleh kalangan jurufoto, videografer atau seangkatan dengannya. Masalah RECOVERY FILE/DATA!

Sebenarnya, perkara ini kadang-kala terjadi samada jurufoto (kita ambil contoh jurufoto ye..) menjadi kebiasaan atau mereka mempunyai banyak tempahan perkahwinan setiap minggu sehinggakan mereka terlupa nak simpan data yang diambil setiap kali selesai tugasan mereka. Aku juga tidak terkecuali suatu ketika dahulu. Ini adalah pengalaman. Dan kebiasaa atau orang putih panggil Habit ni susah nak aku betulkan sebab itu adalah atas diri sendiri.

Di dalam perkongsian aku kali ini adalah nak berkongsi software-software yang mungkin dapat menyelamatkan data anda dari terus hilang. (Tapi semua aplikasi ini tidak menjamin 100% akan dapat diselamatkan).

Sebelum korang pergi google atau klik link di bawah ni, aku nak korang pastikan masalah korang adalah :

1. Tidak format memori kad anda terlalu kerap.
2. Memori kad tidak di format dan kemudian diisi dengan data yang baru, kemudian baru perasan yang data sebelumnya tidak di simpan. Ini penyebab 50-60% sahaja data MUNGKIN dapat diselamatkan.
3. Kad mengalami masalah data Corrupt

Di bawah ini terdapat 10 senarai Software recovery yang mungkin anda boleh gunakan untuk menyelamatkan data anda :

1. Sandisk RescuePRO
2. Easus Data Recovery (For Sandisk) - For Win/Mac
3. Card Recovery
4. Recuva - Antara paling gemar digunakan
5. iCare Recovery
6. 7-Data Recovery
7. Recover MyFile
8. Kingstone Recovery (MediaRecover) - For Win/Mac
9. Data Rescue
10. Get Data Back


Ada yang berbayar dan ada juga yang tidak, jika berbayar aku tidak pasti sejauh mana tahap aplikasi yang mereka berikan dapat membantu korang untuk mendapatkan semula data yang dikehendaki.

Dan yang terakhir jika korang rasa data korang tu TOP secret bagai dan boleh bunuh diri kalau tak dapat, korang boleh pergi laman ini : https://www.krollontrack.com/services/data-recovery/
(itupun kalau ada duit la..) kat malaysia ni ada juga yang buat servis tersebut..macam Mydatareovery..tp tak pasti mcm mana..tidak pernah cuba..jika ada yang tahu boleh shared di ruangan komen dibawah untuk membantu rakan-rakan lain.

Baik share..mana tahu esok kita terjatuh..hilang ingatan..sekurang-kurangnya ilmu anda masih ada disini..hehe..(bukan doa..tapi tak salahkan beringat..)

1 ulasan:

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!