Selasa, 6 Januari 2015

PS - Tilt-Shift | Mencipta Kesan Miniature Pada Gambar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Moga pembaca sihat hendaknya.
Baik untuk tutorial kali ini, aku nak shared sket satu tutorial photoshop yang sekarang ni semakin ramai yang meminati style gini. Mungkin musim kot. Tapi tidak mengapa, ada yang tahu dan ada yang masih mencari dan nak belajar. Tutorial kali ini mudah, tetapi ianya perlu dikaji sedikit apa kemahuannya dan perlukah konsep ini di masukkan ke dalam gambar yang anda cuba manipulasi ini.

Pertamanya, pilih gambar yang bersesuaian, contohnya..gambar dari pandangan yang tinggi menampakkan sebuah bandar, atau melihatkan kelibat ramai orang atau sesuatu yang di rasakan boleh di imaginasikan agar end of editing akan nampak seperti miniature.

Tajuk : Tilt-Shift / Mencipta Kesan Miniature pada gambar.
Perisian : Adobe Photoshop CS6 ( Versi lain akan saya tunjukkan caranya secara manual)
Tahap : Asas/Pertengahan

Hasil yang akan terjadi :




Langkah #1

Buka Adobe Photoshop CS6
Buka satu imej yang sesuai. Sbgi contoh anda boleh cari di google image : people in shopping mall



Langkah #2

Buat satu salinan imej layer tersebut (Duplicate)
Ctrl + J




Langkah #3

Menambahkan kesan tilt-shift
Filter > Blur > Tilt Shift






// Penerangan :
No. 1-4 setiap garisan boleh di ubah kedudukannya. Semakin besar ruangan tengah yang tidak blur, semakin kurang kesan miniature pada subjek yang cuba dipaparkan.

Arrow warna Biru pula anda boleh mengubah posisi pusingan 360 darjah jika diperlukan.

Arrow warna Hijau pula adalah untuk menetukan kesan kabur/blur pada luaran No.1 & No.4.

Jika selesai kemas kini ruang menggunakan filter > Blur > Tilt shift, klik ok pada option bar di atas atau menekan kekunci enter.

Hasil selepas adjust line tilt-shift :



Langkah #4

Untuk menaikkan lagi kesan miniature pada imej gambar anda, gunakan imege adjustment.
Image > Adjustment > Hue & Saturation



Tarik slider Saturation pada nilai 10 ~ 15
Klik Ok.

Selesai.

Hasil :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!