Benda ni sebenarnya adalah sekadar suka-suka semasa aku suka main panorama dulu. Tapi tutorial ni sebenarnya penting juga korang perlu tahu dari segi penggunaan tools yang berbeza korang selalu pakai.
Perisian : Adobe Photoshop
Peringkat : Asas -> Sederhana
Tajuk : Small Planet ( Planet Mini )
Langkah #1
Syarat -
1. Dapatkan satu image panorama yang dirakam dalam beberapa frame yang telah dicantumkan menjadi satu image.;
2. Atau korang boleh google image : Panorama, kemudian download image tersebut. (Sebagai contoh latihan)
Buka 1 fail Image Panorama
File > Open > Browser - Image Panorama
Langkah #2
Crop Image tersebut
Gunakan Crop Tools pada panel Tools
1. Garisan Biru adalah guide line image asal sebelum membuat croping.
2. Arrow merah adalah box crop yang ditarik untuk membuat pemotongan pada image.
Klik Enter.
Langkah #3
Rotate Image tersebut kepada 180 darjah.
Langkah #4
Besarkan Kanvas artboard. (Canvas Size)
Image > Canvas Size
Nilai Saiz kanvas adalah seperti berikut. Ubahkan ketinggian (Height) kepada nilai yang sama dengan nilai lebar (Witdth) - (lihat image dibawah)
Kemudian, klik OK.
Hasil dari adjustment Canvas size
Langkah #5
Seterusnya, Transform size image ( Ctrl + T ) dengan memenuhi ruang kanvas (canvas).
Tarik Transform Box ( Lihat arrow merah) keatas dan kebawah untuk memenuhi kotak kanvas.
Tekan Enter.
Langkah #6 - Mengubah bentuk image kepada seperti sebuah Plenet Mini.
Filter > Distort > Polar Coordinates
Pop-up Windows Polar Coordinates akan muncul.
Tekan kekunci Ctrl + 0 (untuk fitkan saiz image yang terhasil didalam pop-up windows)
Klik Ok / Enter
Siap!
Jika korang ada sebarang cadangan atau permintaan untukakuaya hasilkan tutorial, sila komen disini atau emailkan kepada aku di :: mohd.rashidi.isa@gmail.com
Sekian, Terima kasih sebab sudi meluangkan masa dengan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan