Ok hari ini aku nak post satu tutorial simple..benda basic untuk pengguna Adobe Illustrator atau orang panggil Ai..what ever la korang nak sebut. Dekat sini aku nk terangkan sedikit pasal image tracing ni.
Jika pengguna CS5 dan ke bawah, penggunaan dia sama tetapi nama jer berbeza. Kalau Ai CS5 ke bawah ada didalam menu Object di panggil Live Trace. Tetapi didalam Cs6 & CC ianya sedikit berbeza. Ok mari kita lihat apa itu Live Trace @ Image Trace ini beroperasi dan kegunaannya.
Perisian : Adobe Illustrator CS6 & CC
Peringkat : Asas
Tajuk : Image Trace ( Live Trace )
Hasil ::
Hasil dari image yang di scan/gambar yang diambil dari kamera kepada bentuk vektor.
Langkah #1
Buka Kanvas baru ( tak kisah saiz apa, A4 pun buleh)
File > Place > Browse file
Image Raster yang telah di masukkan ke atas kanvas
Langkah #2 Proses Image Trace
Proses ini adalah untuk menjadikan image raster tadi di tukarkan kepada bentuk boleh ubah iaitu vektor.
Object > Image Trace > Make
Image yang telah di Apply kesan Image Trace akan terhasil. Selepas itu jika kesan Image Trace tadi tidak dalam keadaan yang baik, anda boleh memperbetulkannya dengan menekan Image Trace Panel pada Option bar di bawah Bar Menu. (lihat gambar)
Popup Panel Image Trace akan muncul.
Untuk menghasilkan stroke atau path, gunakan slider pada Threshold kekiri atau kekanan sehingga mendapat hasil yang baik. Kemudian klik pangkah (x) untuk menutup panel Image Trace.
Langkah #3 - Mengasingkan/Membuat pecahan object path
Selepas selesai langkah menghasilkan stroke, anda perlu membuang segala sampah yang tidak dikehendaki.
Object > Expand (untuk proses pemecahan object)
Klik Ok
Hasil selepas Expand
Right Click > Ungroup (Pecahkan dari Grouping)
Klik pada luar kotak kanvas, kemudian klik satu persatu bahagian yang hendak dibuang (sampah) secara serentak dengan menekan kekunci +Shift dan Klik pada object yang hendak dibuang. (Lihat Contoh diatas)
Langkah #4 - Mewarnakan Subject
Proses ini memerlukan sedikit kepekaan semasa mewarnakan setiap bahagian subject.
Nombor-nombor tersebut adalah bahagian penting untuk diwarnakan.
Masukkan warna asas bagi subjek
Warnakan bahagian Mata & Gigi
Warnakan bahagian gusi.
Jika terdapat ruang yang agak kecil atau sukar untuk di pilih, sila Zoomkan paparan skrin anda dengan menekan kekunci Ctrl + "+" (Zoom In) @ Ctrl + "-" (Zoom Out) & Fit Screen = Ctrl + 0
Hasil :
Masukkan warna pada background pada subject agar tampak menyerlah.
Sekian. Moga korang semua dapat memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan Live Trace @ Image Trace ini. Dan juga dapat membantu korang untuk lebih proaktif menghasilkan karya-karya yang oh-semmm ^^
p/s: Image boleh korang dapatkan dari sumber
Google
DevianArt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan