Peringkat : Asas
Tajuk : Light Leak Overlay
Ok, post kali untuk tutorial photoshop..aku bagi yang simple-simple je dahulu sebelum melangkah masuk ke tahap yang lain. Sebab sekarang ni banyak benda nak kena kejar. Ok di bawah ni ada tutorial ringkas yang mungkin korang akan suka.
Hasil :
Langkah #1
Open PS > File > Open (Browse image dari hardisk korang)
Lihat Panel Layer
Layer Image tersebut berada didalam bentuk Smart Object. Tukarkan Smart Object kepada format raster.
Click pada layer yang hendak diubah kepada raster > Right Click > Rasterize Layer
Image telah menjadi format Raster
Langkah #2
File > Place ( Browse Image Light Leak dari drive anda )
Sebagai contoh, pilih Image : Light Leak (3) > Place
Resize Image Light Leak tersebut dengan menekan Shift+Alt dan menarik pada penjuru image ke luar (Lihat gambar)
Kemudian tekan Enter
Langkah #3
Menggunakan Blending Mode
Layer Light Leak tadi kemudiannya ditukarkan kepada blending mode > Overlay
Hasil Selepas Overlay
Langkah #4 (optional)
Atukan semula kedudukan image light leak pada kedudukan yang sesuai (jika perlu)
Select Layer Light Leak (3) > Ctrl + T > Resize
Setelah membuat susun atur yang tepat, tekan enter.
Jika Image Light Leak tersebut terlalu kuat, kurangkan Opacity 100% > Opacity 75%
Selesai ::
** Langkah 4 - Jika perlu mengubah kedudukan atau resize image light leak
Download : Light Leak file di >> http://www.deviantart.com/art/Light-Leak-Actions-384722668
atau beli koleksi dan tutorial dari Adhadi Mohd >> http://adhadi.com/
Nota kaki :: Pilih image light leak sebaik mungkin untuk memudahkan kerja kita untuk membuat keseimbangan pada hasil gambar kita tu nanti.
Sekian ^^
Selamat mencuba =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan