Selasa, 28 Oktober 2014

Wrap Texture keatas Objek

Salam semua, alhamdulillah kesihatan semakin baik, dari demam beberapa hari yang lepas. Ni semua gara-gara bercuti sakan..haha..(ambik ko demam sebijik di bagi suruh rest betul-betul).
Ok, kali ni aku akan sharedkan satu tutorial baru untuk korang. didalam tutorial ini korang perlu ada pengetahuan asas photoshop, tetapi sesiapa yang nak belajar tu apa salahnya, nama pun tutorial.

Perisian : Adobe Photoshop Cs5, Cs6 & CC
Peringkat : Pertengahan
Tajuk : Wrap Texture ke atas Objek ( nak dibahasa melayu kan pun susah)


hasil yang akan korang dapat.


Langkah #1

Buka fail baru/ Kanvas baru

File > New


Setkan kanvas W:1350 x H:1450
Tekan enter/ok


Masukkan image kedalam Kanvas tadi.

File > Place > Browse Images


Dan pilih image (Malaysian-Flag.jpg)


Selepas memilih image, resizekan image tersebut.





Image yang telah di besarkan tadi, kemudian duplicatekan layer tersebut (Ctrl + J)



Langkah #2

Masukkan Image kedua 

File > Place > Browser Images (thumbs-up (1).jpg)


Image yang telah di pilih resizekan seperti langkah #1



Image yang telah di besarkan tukar kepada Raster (kerana setiap image yang dimasukkan secara Place adalah dalam berbentuk Smart Object)


Langkah #3

Membuat Selection

Pada panel Tools > Quick Selection



Sapukan brush pada bahagian tangan tersebut.

Setelah siap, lakukan Refine Edge.


Adjust Slider pada setiap menu didalam Refine Edge untuk memberikan kesan croping yang baik.


Klik OK jika selesai.


Tarik Duplicate layer Malaysian-Flag pada layer paling atas.




Langkah #4

Lakukan adjustment Level pada Layer Thumbs-up dengan menarik slider ke kanan untuk menaikkan kepekatan warna.


Tukarkan Image Thumbs Up kepada Desaturate

Image > Adjustments > Desaturate (Shift+Ctrl+U)



Image yang telah ditukarkan menjadi Black & White tadi kemudian adjustkan levels sekali lagi untuk memberikan kesan dramatik.



Langkah #5

Visiblekan Layer Duplicate Malaysian-Flag copy (klik pada mata layer)



Kemudian Klik pada layer Thumbs-up sambil menekan kekunci Ctrl + Mouse Click


Image tersebut akan menjadi selected seperti image dibawah ini.


kemudian, Unvisible semula layer Malaysian-flag copy


Kemudian, pada blending mode tukarkan kepada Overlay



Image akan terhasil seperti diatas.


Langkah #6

Pada Layer paling atas (Malaysian-flag copy), jadikan layer tersebut clipping masks dengan layer refine edge thumbs-up.








Kemudian, Layer Malaysian-flag yang dibawah attachkan effect filter > blur > lens Blur





Kemudian attachkan lagi effect Radial Blur
Filter > Blur > Radial Blur



Plih pada Blur Method : Zoom


Klik OK.


Selesai & Siap.



Isnin, 27 Oktober 2014

Kesihatan

Maaf bagi semua yang membaca dan belajar dari blog aku ini. Sori..admin demam skrg ni, inipun kuatkan diri untuk menulis sedikit...insyaAllah next week aku akan update beberapa tutorial untuk korang, sebab skrg ni sgt2 la tidak sihat akibat batuk dan selesema yang sangat teruk dikala ini. Hope cepat sembuh dan boleh update lagi tutorial baru nanti.

ps :banyak kerja tertangguh kalau demam ni..adoiyaiii..

Sabtu, 18 Oktober 2014

PS - Small Planet

Assalammualaikum semua pembaca yang masih sudi menjadikan blog aku ini sebagai rujukkan korang semua ya. Baiklah, kali ni aku nak kongsikan satu tutorial menghasilkan satu image yang membolehkan korang menghasilkan sebuah "Planet" yang kecil!

Benda ni sebenarnya adalah sekadar suka-suka semasa aku suka main panorama dulu. Tapi tutorial ni sebenarnya penting juga korang perlu tahu dari segi penggunaan tools yang berbeza korang selalu pakai.


Perisian : Adobe Photoshop
Peringkat : Asas -> Sederhana
Tajuk : Small Planet ( Planet Mini )

Langkah #1

Syarat -
1. Dapatkan satu image panorama yang dirakam dalam beberapa frame yang telah dicantumkan menjadi satu image.;
2. Atau korang boleh google image : Panorama, kemudian download image tersebut. (Sebagai contoh latihan)


Buka 1 fail Image Panorama
File > Open > Browser - Image Panorama


Langkah #2

Crop Image tersebut

Gunakan Crop Tools pada panel Tools



1. Garisan Biru adalah guide line image asal sebelum membuat croping.
2. Arrow merah adalah box crop yang ditarik untuk membuat pemotongan pada image.

Klik Enter.



Langkah #3

Rotate Image tersebut kepada 180 darjah.




Langkah #4

Besarkan Kanvas artboard. (Canvas Size)

Image > Canvas Size



Nilai Saiz kanvas adalah seperti berikut. Ubahkan ketinggian (Height) kepada nilai yang sama dengan nilai lebar (Witdth) -  (lihat image dibawah)


Kemudian, klik OK.


Hasil dari adjustment Canvas size


Langkah #5

Seterusnya, Transform size image ( Ctrl + T ) dengan memenuhi ruang kanvas (canvas).


Tarik  Transform Box ( Lihat arrow merah) keatas dan kebawah untuk memenuhi kotak kanvas.


Tekan Enter.


Langkah #6 - Mengubah bentuk image kepada seperti sebuah Plenet Mini.

Filter > Distort > Polar Coordinates



Pop-up Windows Polar Coordinates akan muncul.
Tekan kekunci Ctrl + 0 (untuk fitkan saiz image yang terhasil didalam pop-up windows)


Klik Ok / Enter

Siap!


I

Jika korang ada sebarang cadangan atau permintaan untukakuaya hasilkan tutorial, sila komen disini atau emailkan kepada aku di :: mohd.rashidi.isa@gmail.com

Sekian, Terima kasih sebab sudi meluangkan masa dengan aku.



Jumaat, 17 Oktober 2014

Jangan Poyo Sangat!

Haha, tu yang boleh dikatakan untuk aku. Aku mencipta dan membangunkan blog ni adalah kerana bukan nak tunjuk pandai, tetapi ianya lebih kepada sharing learning bagi sesiapa yang mencari ilmu disini. Aku tak kisah macam mana perkataan akan diperkatakan untuk aku. Aku just nak shared jer apa yang aku ada.

Salah satu sebab musabab kenapa aku poyo sangat buat tutorial itu ini, sebab aku ni per"LUPA". Tak percaya, tanya bini aku, tanya mak ayah aku, adik-adik aku..(nasib anak aku tak besar lagi..haha..).

Ke"PERLUPAAN" aku boleh dikatakan sangat la tidak baik (memori 8bit/s untuk accept 250,000 patah perkataan @ info berbanding dengan kaum hawa ~ kata Harith Iskandar) , walhal aku masih muda. Result aku dalam mana-mana pelajaran sebelum ni bagi aku tidaklah memuaskan, sebab aku ni adalah siput didalam kelas, tetapi aku push diri aku untuk bersaing supaya aku tak lemah. After that, i have my diploma engineering in my hand! (haa..ambik ko, speeking dah den..)

Sebenarnya, apa yang aku nak cakap, tak salah kalau kita ni bodah tapi nak belajar dan mengaku kita ini bodoh (tidak pandai ). Macam aku, aku ukur diri aku sendiri, dan walau pelahan macam mana aku belajar, akhir sekali aku dapat walaupun dikategorikan LEMBAB dari orang yang mengaku pakai keta Bugati. Dan jangan la dah tahu diri tidak pandai tetapi tetap kekalkan diri pada tahap yang sama setiap hari. Jadilah insan yang maju pada setiap hari esok!

So, sampai sini la aku punya bebelan..korang nak baca, korang bacalah..tak nak baca, ada aku kisah!

Sekian. Wassalam ^^

DVD Tutorial - Adobe Illustrator CS6 & CC (Coming Soon!)

Sikit jer lagi kalau tiada apa-apa rintangan, insyaAllah DVD tutorial Adobe Illustrator V 1.0 akan mula saya jual di pasaran online. Harap ianya berbaloi untuk korang belajar, ini apa yang aku boleh bagi dari apa yang aku dapat dan aku belajar dari pengalaman aku selama ini berasaskan produk ini.

Kalau belajar benda ni, sesiapa yang buat bisness, korang boleh kembangkan lagi perniagaan korang dari segi persiapan dan kekemasan pemasaran korang. Tak mahir takpe, sebab tu belajar dan aku sediakan ilmu ni. Kerana dari kesan Design Poster Iklan korang tu la yang sangat-sangat membantu korang dalam perniagaan samada Online mahupun Banner Untuk Kedai sebenar korang. Jika menarik, orang pun akan bertanyakan, jika tak menarik pandang pun belem tentu lagi bukan.



Apa yang ada dalam DVD Tutorial aku nieh.

Asas Adobe Illustrator - Pengenalan
Penggunaan Tools
Penghasilan Logo
Penghasilan Banner Iklan
Penghasilan Broucher
dan banyak lagi...

Harga dia masih dalam penilaian yang korang mampu milik..insyaAllah, ini janji aku!

Sekian ^^


Rabu, 15 Oktober 2014

PS - Cara Mudah Memperbetulkan Distortion Pada Gambar

Assalamualaikum. Ok hari ini aku nak kongsikan satu teknik yang sangat mudah bagi pengguna photoshop semua. Siapa yang ada Adobe Photoshop C6 & CC sahaja yer (haha..bukan Buyers..tapi ikot keadaan semasa).

Ok tutorial kali ini adalah untuk anda para-para sakura Photographer sekalian yang seringkali ada masalah gambar DISTORT (tidak lurus Horizontal+Vertical Subject pada View of Interest anda). Gambar seperti ini sering berlaku bila anda (photographer yang suka sangat guna lens Wide dan x suka pada distortion ni tapi ianya tetap berlaku.)

So ini adalah langkah yang sangat mudah untuk korang selesaikan masalah ini. Terima kasih pada Adobe yang sering kali menambah baik software kesayangan ramai ni.

Perisian : Adobe Photoshop Cs6 & CC
Peringkat : Asas
Tajuk : Memperbetulkan Distortion Gambar

Sebelum



Selepas





Langkah #1

Open Photoshop Cs6 & CC
File > Open > Browse Image



Image diatas ini adalah image dari kamera yang menggunakan wide lens.
* Arrow Merah menunjukkan arah Distord pada image


Duplicate Image tersebut ( Ctrl+J )
** Kenapa perlu duplicate? Ini disebabkan untuk menyimpan image asal menjadi Master Image.


Langkah #2

Select Image Layer yang telah di duplicate tadi kemudian,
Filter > Adaptive Wide Angle



Didalam Windows Adaptive Wide Angle terdapat Tools Contraint Tools (C) - Klik tools tersebut.
Kebiasaannya dekat menu Correction ianya akan terus set pada Fisheye. Tukarkan Mode Fisheye > Perspective


Dan image anda akan diperbetulkan secara Automatic. 


Klik Ok dan menunggu Pshotoshop proses image anda



Siap!

Untuk melihat hasil, boleh klik pada Icon Mata pada layer tu untuk tutup hide layer atau Appearkan layer tersebut.

Mudahkan. Hanya beberpa klik sahaja.
Nanti akan aku updatekan penggunaan tools di dalam Adaptive Wide Angle untuk lebih details pulak.


p/s : Kenapa aku guna image Family Wedding ni..sebab rasanya aku dulu nak belajar pasal distort ni asyik gambar building jer sebagai rujukkan. So aku attachkan gambar ni, sebba kat Malaysia ni rata-rata photographer adalah dari wedding photographer.

Sekian.





Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!