Khamis, 19 November 2015

Convocation Day : UITM Seri Iskandar, Perak

Salam. Kesibukkan melanda lagi..akhir-akhir ni dapat banyak juga kerja. Tak dapat nak update blog ni. Dalam sibuk pun terpaksa kena luangkan juga blog ini. Okey, kali ni aku belanja gambar Convocation. Accually gambar ni agak lari dari tone yang aku nak, sebab habis semua aku format balik sebab masalah-masalah yang tak dapat di elakkan. So preset yang selama ni aku gunakan pun boleh terlupa backup dan terpaksa buat yang baru. Cumanya tak dapat tone yang lama..masih lagi dalam pembaikkan. Okey..layan dahulu gambar-gambar di bawah ni..ada masa aku upload blog ni. K bai. ^^















Selasa, 22 September 2015

PHOTOSHOP CLASSROOM | EXCLUSIVE FOR ONLINE BUSINESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada berita baik buat warga lembah klang. Saya akan menganjurkan satu kelas editing Adobe Photoshop. Kelas ini direka khas buat peniaga atas talian yang ingin memajukan perniagaan mereka.

Kelas ini menyasarkan kepada peniaga baru dan juga lama yang ingin menaik taraf ekonomi dan menambah baik dari segi pengiklanan mereka. Sila lihat banner di bawah.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya +60193778435

Download borang penyertaan disini
Doc | PDF

Khamis, 27 Ogos 2015

COMBO CLASSROOM!


DEKAT MANA LAGI KORANG BOLEH JUMPA KELAS MURAH MACAM NI!


Jarang sangat buat kelas, selalunya kelas yang aku sendiri pergi atau aku sendiri uruskan adalah dalam rm250/kelas, tapi untuk kali ini dengan Izin Allah, aku nak share dengan anda semua apa ilmu yang ada dalam diri ini dengan harga korang mampu milik..cumnya kelas ni tiada la korang dapat T-shirt, dapat goodies atau lain-lain..kelas ni aku hanya mampu bekalkan Air+Roti jer..

Harga untuk kelas ini bernilai

Normal : Rm270/seorang

tapi;

Sekarang : Rm250/seorang

bagi ketiga-tiga kelas Lightroom, Photoshop & Premiere Pro



Details mengenai kelas-kelas tersebut boleh korang rujuk di sisini :

CLASSROOM! ADOBE PREMIERE PRO!
CLASSROOM! ADOBE PHOTOSHOP!
CLASSROOM! ADOBE LIGHTROOM!

Untuk keterangan kelas korang boleh hubungi di

Whatsapp :0193778435

atau;

Fb Page : Mrashidiisaphotography

Classroom! Adobe Premiere Pro!



Kelas Asas Adobe Premiere Pro! (September 2015)
(Video Editing)

KHAS BUAT KAKI SHOOT VIDEO!
Tidak kira anda Newbie atau Anda yang inginkan Ilmu!

Anda Seorang Film Maker? atau; Yang Nak belajar Edit Video?
- Shoot video dah cantik..tapi tidak dapat hasilkan video berkualiti!
- Pandai shoot video tapi tidak reti nak sunting klip video yang diambil?
- Tutorial dekat youtube bahasa melayu kurang?
- Mpeg? Mov? Avi? Apa itu?
- Tidak faham dengan Timeline?
- Dan macam-macam masalah yang timbul..

Jika korang dalam kategori di atas ini..atau yg tidak tersenarai..
Korang patut masuk kelas ini.

So ilmu ini korang kena GRAB! Cepat..sebab tempat terhad!
..Bro, semua benda kena ada sifu & mentor untuk belajar..event dengan cikgu google pun..

Kelas ini korang akan belajar :

- Hasilkan video berskala FullHD dan nak paling kecil untuk Instagram pun boleh!
- Trik mudah suntingan video
- Trik hasilkan Slow-Mo & juga Time-lapse video
- Belajar masukkan teks, imej (raster & vector), serta effect yang ada di dalam perisian
- Kenali Timeline, Effect Control dan lain-lain.
- Teknik rendering
- Mengeksport media fail dengan format yang sesuai..

Wow! Bestkan? Nak Join kelas..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut!
Alip (TPVP) - 0175294565 | 0143462814 (call/whatsapp!)
Rashidi (Mrashidi Photography) - 0193778435 (call/whatsapp!)

Hanya Rm90.00 sahaja!

Lokasi : The Photo Video Production, No.65, Jalan Pengkalan Utama 1,
Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak
(Sebelah Petronas, Sebaris kedai perabut, Atas 7-Eleven)

FB : thephotovideoproduction
   : Mrashidiphotography

Waktu Kelas : 8 malam ~ 12 malam (Kelas akan habis sampai korang puas hati..)
Hari : Selasa (Malam tau..)
Tarikh : 15hb Sept 2015

** Roti+Air Mineral disediakan..korang nak bawak kudap-kudap pun boleh..belajar cara santai..**

Classroom! Adobe Lightroom!



Kelas Asas Adobe Lightroom! (September 2015)
(Tone + Photo Retouching)

KHAS BUAT JURUFOTO!
Rugi besar jika seorang jurufoto tidak tahu!

Jika Anda Seorang Jurufoto?

// Tidak kira sekiranya anda dalam genre apa sekalipun..
samada "Perkahwinan", "Landscape" atau "Jurufoto Jalanan"..
Rugi besar jika anda tidak tahu guna Adobe Photoshop Lightroom.

- Pandai Photoshop tidak bermakna anda perlu endahkan Lightroom!

Jika ada ada masalah ini :
- Terasa lambat edit gambar yang banyak.
- Gambar di edit tidak sama dengan tone style gambar yang lain.
- Guna photoshop pun terkial-kial..
- Dan mungkin ada masalah lain yang anda rasa semuanya lambat dan sukar dgn photoshop!

Jika korang dalam kategori di atas ini..atau yg tidak tersenarai..
Korang patut masuk kelas ini.

So ilmu ini korang kena GRAB! Cepat..sebab tempat terhad!
..Bro, semua benda kena ada sifu & mentor untuk belajar..event dengan cikgu google pun..

Kelas ini terdapat dua bahagian :

Photo Retouching :
- Teknik Hilangkan Jerawat pada wajah muka.
- Teknik masking
- Menghasilkan teksture lembut pada permukaan kulit
- Menukarkan warna anak mata

serta;

Tone Identity :
- Fahami Histogram
- Kenali White Balance di dalam LR
- Tone Curve
- Apa keitimewaannya HSL / Color / B&W ?
- Kesan Details, Effect & Camera Calibration
- Save Preset & Kegunaannya

Wow! Bestkan? Nak Join kelas..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut!
Alip (TPVP) - 0175294565 | 0143462814 (call/whatsapp!)
Rashidi (Mrashidi Photography) - 0193778435

Hanya Rm90.00 sahaja!

Lokasi : The Photo Video Production, No.65, Jalan Pengkalan Utama 1,
Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak 
(Sebelah Petronas, Sebaris kedai perabut, Atas 7-Eleven)

FB : thephotovideoproduction
      : Mrashidiphotography

Waktu Kelas : 8 malam ~ 12 malam (Kelas akan habis sampai korang puas hati..)
Hari : Selasa (Malam tau..)
Tarikh : 22hb Sept 2015

** Roti+Air Mineral disediakan..korang nak bawak kudap-kudap pun boleh..belajar cara santai..

Classroom! Adobe Photoshop!



Kelas Asas Adobe Photoshop! (September 2015)
(Album Making + Photo Retouching)

KHAS BUAT JURUFOTO! & PENJUAL BARANGAN ONLINE!
Tidak kira anda Newbie atau Anda yang inginkan Ilmu!

Anda Seorang Jurufoto?
- Kamera dah power tapi gambar edit tak reti?
- Ambik gambar tapi hasil tidak memuaskan? Macamana nak atasi?
- Bikin Album pelangan tapi nampak serabut? Tidak tahu nak susun atur?
- Bila print album gambar terpotong-potong?
- Edit gambar tapi imej orang jadi kurus? gemuk? terang sangat?
- Dan macam-macam masalah yang timbul..

Jika korang dalam kategori di atas ini..atau yg tidak tersenarai..
Korang patut masuk kelas ini.

So ilmu ini korang kena GRAB! Cepat..sebab tempat terhad!
..Bro, semua benda kena ada sifu & mentor untuk belajar..event dengan cikgu google pun..

Kelas ini terdapat dua bahagian :

Photo Retouching
- Kemaskini foto-foto anda dengan teknik yang mudah
- Nak hilangkan jerawat cara sangat mudah pun boleh!
- Hasilkan Tone imej anda sendiri
- Dan lain-lain lagi dengan gunakan tool istimewa serta trik mudah...

serta;

Album Making
- Ketahui kehendak Printer/Kilang
- Susun atur gambar yang berkesan di dalam gambar
- Import & eksport imej cara mudah
- Adobe Bridge
- serta banyak lagi..tanya jer...

Wow! Bestkan? Nak Join kelas..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut!
Alip (TPVP) - 0175294565 | 0143462814 (call/whatsapp!)
Rashidi (Mrashidi Photography) - 0193778435

Hanya Rm90.00 sahaja!

Lokasi : The Photo Video Production, No.65, Jalan Pengkalan Utama 1,
Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak 
(Sebelah Petronas, Sebaris kedai perabut, Atas 7-Eleven)

FB : thephotovideoproduction
      : Mrashidiphotography

Waktu Kelas : 8 malam ~ 12 malam (Kelas akan habis sampai korang puas hati..)
Hari : Selasa & Khamis (Malam tau..)
Tarikh : 8hb Sept 2015 & 10hb Sept 2015

** Roti+Air Mineral disediakan..korang nak bawak kudap-kudap pun boleh..belajar cara santai..**

Sabtu, 25 Julai 2015

Fotografi : Tips Miliki DSLR!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Umat Muslim terutama yang sudi membaca blog perkongsian ilmu yang aku karangkan ini.

Ok, posting kali ini berkaitan Tips Miliki DSLR sendiri. Kenapa post ini di karangkan. Sebab aku juga pernah mengalami masalah dan kesusahan untuk memilik kamera DSLR dulu masa mula-mula nak berjinak-jinak dan seakan suka-suka.

Sony Alpha A200

Nikon D90

Nikon D7000
(sumber dari Google Image)

Baik aku ceritakan dahulu pengalaman aku mula mendapatkan DSLR pertama aku. Tahun 2008, DSLR Sony Alpha 200 - Ini adalah model pertama yang aku miliki. Hampir setahun aku gunakan. Dan nak dapatkannya masa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Hasil dari menyimpan beberapa bulan dengan tekad aku mampu membeli sebuah DSLR. Tapi masa tu guna pun tidak la cekap dan pemahaman dslr sangat-sangat kurang tidak seperti sekarang zaman internet di tangan, senang dapat. Kemudian aku mula belajar tentang kamera, fungsi-fungsi, masalah lazim, latihan dan praktikal dari asas fotografi sehingga membeli kamera dan peralatan-peralatan tambahan yang lain. Selepas Sony, aku bertukar kepada Nikon (D90 - Pertengahan 2009), Nikon D7000 first manufacturing Japan (2010) dan sekarang kepada Canon.

Cara Membeli Kamera DSLR

Terdapat beberapa cara yang boleh anda beli sebuah kamera DSLR, tetapi ada beberapa faktor utama yang perlu anda fahami sebelum membeli. Kerana faktor rugi, faktor kepuasan harus lah di titik beratkan.

Sebelum saya terangkan faktor rugi dan kepuasan, anda harus kenali dahulu tentang elemen pemilihan bagi memiliki sebuah DSLR. Terdapat dua jenis pemilihan iaitu membeli barangan Baru dan Terpakai.

Kamera Baru vs. Terpakai

Kamera baru ada yang mempunyai nilai susut yang tinggi dan ada nilai susut yang rendah begitu juga dengan yang terpakai, Akan tetapi Value of Money pada kamera baru yang mempunya nilai susut yang rendah sangat-sangat di titik beratkan, dan bukan sahaja kerana aspek fungsi kamera yang bagus tetapi beberapa aspek "Brand and Humans Choice" . Berhati-hati semasa membeli, kerana banyak kamera baru yang mempunyai nilai susut yang tinggi (ini kena lihat dan kaji dahulu sebelum membeli)

Kelebihan kamera baru adalah kerana ianya :

i. Masih "0" shutter.
ii. Seal Box.
iii. Dalam Jaminan Penuh ( Warranty )
iv. Khidmat servis dari syarikat yang murah (kadang kala percuma)
v. Ada Free Gift dari kedai

Kelemahan Kamera Baru adalah kerana :

i. Jika keluaran Pertama ianya sangat mahal berbanding harga pada keluaran seterusnya.
ii. Masih lagi dalam keadaan Beta (kerana pihak pembuatan menunggu dan melihat masalah-masalah yang bakal timbul dari pembeli - Hasil dari Maklum Balas pengguna)

Kamera Lama dan Terpakai pula mempunyai kelebihan dan kekurang jika pembeli tahu melihat dan menilai akan sesuatu barangan terpakai. Pada kamera DSLR, kamera terpakai dilihat dari beberapa sudut sebelum membeli. Antaranya adalah Brands, Model, Nilai Susut, Remaining Shutter Count, dan keadaan barangan kamera tersebut.

Selain itu jika dah membuat kajian tentang perkara di atas permilihan Pemjual juga harus perlu di ketahui. (lihat posting di bawah)

// Jenama Terkenal : Canon, Nikon, & Sony antara jenama yang mendapat sambutan ketika ini.

// Model Pilihan :

Canon : 5DM1 - 5DM3 (Bagus dari segi Kualiti, Value Trade, & hasil Video (5dm2 & 5dm3)
             7DM1 & 7DM2, 60D & 70D (Untuk pemilihan Video)

Nikon : D800, D600  (Bagus dari segi Kualiti, Value Trade)
             D7000 & D7200, D80 (Cmos Sensor) , D90

Sony : A7r, A7 (full Frame)
           A5000, A6000 (Mirrorless)
           A58, A77, A99

// Nilai Susut yang agak baik (seperti model dan jenama yang diatas) adalah panduan untuk membeli.

// Shutter Count sangat-sangat perlu untuk di ketahui sebelum membeli kerana DSLR merupakan kamera binaan Mekanikal yang mempunyai had umur. Had umur sesebuah DSLR adalah bergantung kepada berapa nilai Shutter Count ini.

Selalunya nilai susut yang rendah (harga masih tinggi) adalah pada shutter count "1~40K", dan jika SC lebih tinggi sehingga mencapai nilai SC hampir 120k~140k haruslah berhati-hati dan perlu bertanya kepada pejual samada mekanikal shutter sudah ditukar baru atau asal. Jika asal, harga jualan harus murah, dan jangka hayat kamera pasti akan mengalami masalah atau jem (stuck) semasa menekan shutter.

Kondisi Barang Calar
(sumber dari gadget di jepun)

Kondisi Barang Calar
(sumber dari gadget di jepun)

Kondisi Barang Hilang Cover Body
(sumber dari gadget di jepun)


// Item Conditon (keadaan barangan) adalah perlu di ketahui daripada penjual seperti Calar, Fungus, Retak, Tidak Berfungsi, Blade Patah, AF tidak berfungsi, Aperture mengalami masalah dll.

Faktor Rugi : Adalah dari segi "value of money" kerana jika pembeli tidak mengetahui seperti perkara-perkara di atas (Model, Nilai Susut jika untuk jual semula, shutter count & keadaan barangan), maka faktor kerugian akan timbul pada anda.

(sumber dari Google Image)


Faktor Kepuasan : Dari segi kepuasan menggunakan DSLR terutama belian "Terpakai" akan jatuh kerana ada masala-masalah seperti yang dinyatakan pada Item Condition.

Di sini saya akan menyenaraikan Penjual Barangan Kamera Terpakai yang boleh dikatakan Trusted Seller & harga yang boleh layan :

1. Gadjetdijepun (Baru & Terpakai Jepun Blog & Facebook)
2. Jepun Niaga (Baru & Terpakai Jepun Blog & Facebook)
3. Cipta Angun (Terpakai - Facebook )
4. KL Used Camera and Lenses [http://kldslr.com/] (Terpakai Blog & Facebook )
5. Cam3ra360 [http://www.cam3ra360.com/] (Terpakai Blog & Facebook)

P/s : Jika anda ada sebarang pertambahan dan pertanyaan sila komen or pm sy di facebook atau di sini. tq.

Khamis, 2 Julai 2015

Blog : ILMU & PENGALAMAN dalam FOTOGRAFI PERKAHWINAN



Tahukah anda kenapa kelewatan Album anda di SIAPKAN?

// Di dalam industri fotografi perkahwinan di Malaysia, kini telah menjadi TREND di mana sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan sebuah kamera samada jenis permulaan atau terus kepada jenis profesional salah satu genre yang sangat popular adalah "FOTOGRAFI PERKAHWINAN".

Kenapa genre FOTOGRAFI PERKAHWINAN?

// Kerana genre ini sangat mudah untuk masuk/lompat kedalamnya. Bagi suasana masyarakat kita di Malaysia, jika seseorang itu mampu untuk memiliki sebuah kamera DSLR maka dia mungkin boleh mengambil gambar dan ditambah pula gaya yang "Terikut-ikut" dengan permehatian mereka kepada jurufoto perkahwinan yang pernah mereka saksikan sebelum ini.

// Salah satu sebab mudah adalah mengumpul portfolio tidak la sukar kerana hanya rajin datang ke Majlis Perkahwinan rakan-rakan dan Snap selagi mampu dan adakalanya ikut sampai sesi fotografi di luar boleh mendapatkan sedikit portfolio.

( Image Credit to my belove client Anep Gshock)


ILMU & PENGALAMAN

// Walau apa jenis industri yang di pilih kita, ILMU sangat penting. Begitu juga dengan industri kreatif bidang fotografi ini. Jika anda ingin menjadi jurufoto perkahwinan, ilmu kamera, ilmu fotografi, ilmu adap & pengetahuan jenis majlis, ilmu suntingan gambar & ilmu reka bentuk album adalah sangat penting dan bukan hanya kerana anda punyai sebuah kamera GEMPAK & MAHAL anda sudah berjaya menjadi jurufoto perkahwinan.

// ILMU-ilmu inilah yang akan menjadikan pengalaman anda kepada KEPAKARAN sebagai jurufoto samada anda memilih menjadi jurufoto perkahwinan, jurufoto berita (infomasi semasa), jurufoto landscape dan lain-lain.

TREND vs ILMU

// Tidak hanya kepada genre fotografi semata-mata, genre lain seperti Kejuruteraan, Pakar Sains, Ekonomi dan lain-lain akan "TIDAK SIAP" jika ILMU tidak di tuntut sebaiknya. KENAPA?
Kerana jika tiada ilmu seperti yang dinyatakan seperti di atas, masalah-masalah ini akan menyumbang kepada PEMIKIRAN NEGATIF kepada pelangan.

// Sebagai contoh, anda di upah menjadi jurufoto perkahwinan. Tetapi itu adalah kerja pertama (Dalam istilah jurufoto di Malaysia di panggil JOB) di mana anda sebelum ini hanya orang percaya dengan beberapa PORTFOLIO yang anda "ikut-ikut" (seperti yang di ceritakan di atas) yang telah diupload ke laman sosial dan ramai yang memuji anda seperti "Cantik!" "Wah! Lepas ini boleh la ambil gambar kawin aku pulak!" dan anda mula merasakan diri sudah profesional. Akan tetapi (tidak kata ianya tidak bagus bagi segelintir orang, ada yang berjaya) bila kerja bermula dan selesai sehari atau dua hari majlis, MASALAH akan timbul kerana anda :

i/ Lihat semua salinan di dalam komputer gambar yang di ambil ada masalah. Cth : BLUR, Shaking, WB (White balance tidak seragam), Gambar pengantin terlalu direct flash ke muka sampai hilang details kulit muka dan pelbagai masalah lain lagi yang timbul.
ii/ Oleh kerana masalah (i) timbul, masalah ke-dua pula lagi memeningkan kepala iaitu TIDAK TAHU UNTUK MEMBUAT SUNTINGAN gambar. Maka, kelam-kabut untuk belajar editing, baru nak mencari perisian yang di rasakan jika pandai "Edit" gambar, gambar boleh cantik! <== Ini salah. Kemudian mencari alternative lain iaitu mengupah tukang editor untuk membuat suntingan. Di sini terdapat tiga jenis Editor iaitu;

(A) Jenis belasah jer asalah dapat job ada duit (setakat tahu guna perisian secara asas) a.k.a sama dengan Jurufoto Bidan Terjun tadi.
(B) Tahu dan peka dengan kehendak pelangan (sanggup peningkan kepala melayan gambar yang boleh di kategorikan sebagai "Sampah", tetapi tetap siapkan)
(C) Tahu, peka dan tidak mahu ambil risiko (tahu membuat suntingan, menjaga kualiti kerja) dan mungkin masalah yang diterma setelah melihat semua gambar akan di tolak mentah-mentah.

// Maka dengan pelbagai masalah inilah para pelangan akan mengalami kerugian dan kelewatan mendapatkan album.


>> Ikuti sambungan pada bahagian 2

p/s : Penulisan ini bukan untuk menakutkan pelangan, tatpi untuk mengambil ikhtibar, pengajaran dan pembelajaran. Penulisan ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman.

Rabu, 3 Jun 2015

Fotografi - 9 Photo Composition Tips by Steve McCurry

Assalamualaikum.

Kali ni hanya nak berkongsi salah satu video yang mungkin boleh membantu korang dalam memahami apa itu komposisi. Komposisi inilah yang memberikan ruang dan panduan kepada anda yang mahu mempelajari tentang komposisi. Kerana adanya komposisi atau Rule of Third (Ro3) ini..insyaAllah..gambar anda semakin baik jika latihan yang kerap dibuat.

Jom Enjoi video ni.



ps ; lama dah Ri cari video ni..nasib ada yang tukang shared balik di fb. Thanks ya.

Selasa, 19 Mei 2015

LOGO BUILDER!

Khidmat Mencipta Logo oleh Mrashidi.



Assalammualaikum.
Lama sudah rasanya tidak upload sebarang posting di blog ini. Maaf dihulurkan. Banyak perkara yang berlaku dalam 3bulan kebelakangan ini. Tapi tidak mengapa, Insya Allah akan datang akan cuba untuk booster balik untuk blog ini.

Okey, kali aku nak sharedkan dekat pembaca, penjual, atau sesiapa sahaja yang ingin mempunyai LOGO atau Jenama sendiri. Mrashidiisa akan cuba untuk memberikan khidmat terbaik untuk menghasilkan LOGO atau jenama yang ingin anda miliki atau impikan.

Dengan cara mudah anda hanya perlu berikan details seperti berikut :





Kemudian hantarkan maklumat berikut kepada :

E-mail - mohd.rashidi.isa@gmail,com
Hubuungi : 0193778435 (sms/whatsapp/call)

Cara bayaran & segala maklumat terperinci akan di berikan kemudian.



Selasa, 3 Mac 2015

Review : Canon EOS 5Ds & 5DsR

Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Maaf atas kesibukkan bulan lepas (februari) yang sangat-sangat sibuk. Dan kali ini saya ingin kongsikan tentang teknologi terbaru di mana Canon EOS 5Ds & 5Ds R akan dikeluarkan di dalam pasaran tempatan.



sumber image : google


Berita ini sudah keluar pada awal tahun ini dan sahaja RB (rashidiisa blog) ingin kongsikan serba sedikit tentang kamera yang sangat 'powerfull' dan versi yang digilai ramai. Bagi peminat siri Canon EOS 5D, pastinya ingin merasai apa yang terbaru dan hebat tentang keluaran ini. Dibawah ini ada infomasi yang mungkin membantu penggemar atau pembeli yang ingin mendapatkan pendedahan awal tentang adik bongsu EOS 5D ini berbanding dengan model 5D sebelumnya isitu 5DM3.

Spesifikasi di dalam model ini adalah :

// Sensor 50.2 MP CMOS Sensor
// 5fps Pengambilan Imej Berterusan.
// Tahap ISO 100-6,400 ( Maksimum 12,800)
// Mempunyai titik fokus sebanyak 61 titik, dengan kesan piksel yang lebih tinggi iaitu 150k (RGB+IR)
// Menggunakan prosessor terbaru Digic 6 x 2 (Dual)
// Panel LCD adalah sebesar 3" dengan keupayaan paparan 1.04MP
// Slot simpanan Memori pula terdapat dua jenis isitu SD card (sesuai digunakan jenis USH-i) dan CF card.
// Terdapat Medium Raw (M-Raw) dan Small Raw (S-Raw)
// Format video Full HD 1080p 30fps dan untuk Slow-Mo 720p 60fps
// Timelapse
// Menggunakan USB-3.0
// Jika menggunakan APS-H kualiti adalah sebanyak 30MP, manakala APS-C pula adalah 19.6MP sahaja.



Kelebihan dan kekurangan berbanding 5DSR @ 5DS dengan 5DM3 adalah :



Apa itu S dan SR?

Dua Model ini hampir sama dari segala segi, cuma terdapat perbezaan untuk Optical Low-Pass Fillter dimana "S" mempunyai Optical Low pass Filter, manakala "SR" pula terdapat fungsi Self-Cancelling sistem. Sistem pada SR juga digunapakai oleh D800 dan D800E yang dikeluarkan oleh pesaingnya Nikon.

Peritis Kejayaan EOS 5DS/5DSR

Namun begitu keluaran EOS 7DM2 adalah perintis bagi keluaran model terbaru 5DS/5DSR ini, dimana jika terdapat kesan flicker pada sesi rakaman, ianya dapat dikesan dengan baik.
Malah model terbaru siri EOS 5D ini terdapat fungsi Intervaolmeter yang tercipta didalam bagi mengambil video Timelapse

Jadi, kumpul la duit yer untuk memeliki model ini bagi yang berkenan.

Nota : Jika ada kekurangan didalam artikel ini, diharap dapat memberikan maklumbalas untuk menambah-baik penulisan artikel dan juga blog ini untuk manfaat kita semua.

Selasa, 3 Februari 2015

Foto - Fahami Cahaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam februari :-) hehe..
Ok, untuk perkongsian kita untuk kali ini adalah berkaitan dengan fotografi (atau kegunaan videografi). Dimana fotografi dan pengemar yang meminati dunia foto ini barkait rapat dengan Cahaya. Tapi sejauh mana pemahaman kita tentang cahaya di dalam fotografi. Tetapi, Cahaya bukan hanya merujuk pada fotografi, tetapi dalam bidang lain juga memainkan peranan jika dikaji sebaik mungkin.

 Kebanyakkan tutorial yang ada kini lebih menceritakan tentang kegunaan asas fotografi dan penggunaan lensa atau peralatan-peralatan yang memakan belanja ribuan ringgit. Jika anda melabur pada perkakasan yang menelan belanja yang banyak, tetapi anda tidak memperdulikan tentang cahaya, ianya ibarat Buah Durian tumbuh di pokok Manggis (haha..istilah aku jgn tanya apa dan kenapa?).

Di sini aku nak kongsikan sedikit penerangan tentang cahaya secara asas. Dimana anda mungkin boleh menggunakan asas cahaya ini sebagai latihan atau amali tugasan anda diluar sana.

Ada beberapa jenis cahaya yang boleh anda pelajari antaranya :

// Cahaya bergerak lurus 
// Pantulan Cahaya
// Biasan Cahaya

# Cahaya Bergerak Lurus

// Pada gambarajah di atas, Jika cahaya yang bergerak lurus melanggari sesuatu objek bukan lutsinar/telus cahaya (Transparent), makan akan cahaya yang jatuh di atas pemukaan akan mempunyai 3 bahagian cahaya iaitu:

- Highlight = Cahaya Terang yang paling dihadapan dekat dengan sumber cahaya
- Midtone = Cahaya Tempias hasil dari bentuk dan permukaan objek. Hasil Cahaya 50% dari sumber cahaya yang jatuh di atas permukaan hadapan (Hightlight)
- Shadow = Bayang yang terhasil daripada Objek permukaan hadapan yang terhalang dan menjadikan belakang objek atau objek lain yang berada di belakangnya juga tiada kesan jatuhan cahaya.

# Pantulan Cahaya

// Pantulan cahaya memainkan peranan di dalam teknik fotografi dimana cahaya yang yang bertindak lurus boleh dipantulkan semula pada permukaan yang licin dan rata, cerah dan bukan telus cahaya (lutsinar).
// Proses balikkan cahaya ini dapat membantu jurufoto merakam ambient cahaya dengan lebih baik. Dengan kata lain, jika kita mengambil gambar dengan berlatar belakangkan cahaya yang kuat dan muka subjek menjadi gelap maka kesan itu di panggil "back light" . Tetapi dengan bantuan reflector (pantulan) ini, ianya dapat meperbaiki semula kesan cahaya ke atas muka subjek tersebut.
- Contoh jika tiada penggunaan reflector :
- Contoh jika menggunakan reflector :
# Biasan Cahaya

// Untuk biasan cahaya pula, ianya hampir sama dengan pantulan cahaya, tetapi ianya lebih membiaskan atau menyelerakkan arah pantulan cahaya yang jatuh ke atas permukaan untuk dipantulkan semula.
// Kebiasaannya biasan cahaya ini boleh digunakan untuk tujuan stock photography atau mengambil kesan cahaya yang dipanggil "light leak" untuk digunakan bagi manipulasikan kesan foto yang lain.


Tutorial perkongsian tentang cahaya ini boleh juga digunapakai untuk kerja-kerja videografi.

Selasa, 27 Januari 2015

Video - Kenali Kelengkapan Videografi

Assalamualaikum kepada sahabat semua dan salam sejahtera. Rasanya aku tak pernah lagi keluarkan atau shared dengan korang berkenaan dengan videografi atau cinematik lagi kan. Jadi, kali ini aku akan menyentuh sedikit tentang kelengkapan yang sering di gunakan untuk videografi.

Di dalam soal peralatan, banyak yang mengatakan, untuk mendapatkan hasil video atau futej (footage) yang baik memerlukan peralatan yang cukup dan canggih. Aku boleh katakan Ya dan juga Tidak. Kenapa? Aku pernah merakamkan satu short film (filem pendek) pada satu ketika dahulu, di mana aku mula belajar tentang videografi ini. Ketika itu, aku hanya menggunakan DSLR yang mampu merakan video dengan menggunakan tripod yang mempunyai video head sahaja. Tetapi hasilnya diluar jangkaan. Ok, berhenti disitu, dan korang boleh fikirkan apa yang tersirat dari cerita aku tadi.

Peralatan asas di dalam videografi adalah :

// Wajib Ada :
1. Kamera yang mampu merakam video seperti Camcoder & VDSLR (jika boleh yang boleh merakam saiz HD penuh)
2. Tripod - Headball tidak sesuai bagi kerja-kerja perfileman atau rakaman video.
3. Memori Kad 16GB ke atas dengan menggunakan Kelas 10 (kerana mampu menyimpan data lebih laju)

Kamera VDSLR

Memori Card : CF Card High Capacity

Memori kad : SD Card Class 10

Tripod with Video Head


// Peralatan Tambahan yang di kira sangat penting :
1. Lampu LED ( Kegunaan kesan cahaya waktu kurang cahaya )
2. Ext. Microphone ( di pasaran kebanyakkan menggunakan RODE Mic )
3. Stablelizer - Untuk memastikan kesan gegaran dapat dikurangkan ketika memerlukan pergerakkan yang tidak statik atau banyak.

Video Light

Steadycam/Stablelizer - Flycam
External Microphone


// Peralatan Tambahan :
1. Video Slider
2. Dolly
3. Jib Crane
4. Quadcopter Drone (ini yang terbaru dalam industri perfileman di malaysia)
5. Audio Mixer Recoder - H1 Zoom
6. Clipper Board
7. Microphone
8. Mini Mic
9. Vest Support Stablelizer Flycam

Video Slider

Video Dolly

Mini Jib Crane

Clapper Board

Audio Recorder


Clipped Mini Mic

Quadcopter Drone With Camera


Secara amnya peralatan di atas adalah mencukupi bagi bagi kerja-kerja merakam video dengan hasil yang baik, tetapi pada dasarnya segala kelengkapan ini perlu di sertakan dengan ilmu videografi + cinematic.

Akan datang aku akan cuba sampaikan tentang kegunaan dan cara mekam video pula.


Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!