Khamis, 2 Julai 2015

Blog : ILMU & PENGALAMAN dalam FOTOGRAFI PERKAHWINAN



Tahukah anda kenapa kelewatan Album anda di SIAPKAN?

// Di dalam industri fotografi perkahwinan di Malaysia, kini telah menjadi TREND di mana sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan sebuah kamera samada jenis permulaan atau terus kepada jenis profesional salah satu genre yang sangat popular adalah "FOTOGRAFI PERKAHWINAN".

Kenapa genre FOTOGRAFI PERKAHWINAN?

// Kerana genre ini sangat mudah untuk masuk/lompat kedalamnya. Bagi suasana masyarakat kita di Malaysia, jika seseorang itu mampu untuk memiliki sebuah kamera DSLR maka dia mungkin boleh mengambil gambar dan ditambah pula gaya yang "Terikut-ikut" dengan permehatian mereka kepada jurufoto perkahwinan yang pernah mereka saksikan sebelum ini.

// Salah satu sebab mudah adalah mengumpul portfolio tidak la sukar kerana hanya rajin datang ke Majlis Perkahwinan rakan-rakan dan Snap selagi mampu dan adakalanya ikut sampai sesi fotografi di luar boleh mendapatkan sedikit portfolio.

( Image Credit to my belove client Anep Gshock)


ILMU & PENGALAMAN

// Walau apa jenis industri yang di pilih kita, ILMU sangat penting. Begitu juga dengan industri kreatif bidang fotografi ini. Jika anda ingin menjadi jurufoto perkahwinan, ilmu kamera, ilmu fotografi, ilmu adap & pengetahuan jenis majlis, ilmu suntingan gambar & ilmu reka bentuk album adalah sangat penting dan bukan hanya kerana anda punyai sebuah kamera GEMPAK & MAHAL anda sudah berjaya menjadi jurufoto perkahwinan.

// ILMU-ilmu inilah yang akan menjadikan pengalaman anda kepada KEPAKARAN sebagai jurufoto samada anda memilih menjadi jurufoto perkahwinan, jurufoto berita (infomasi semasa), jurufoto landscape dan lain-lain.

TREND vs ILMU

// Tidak hanya kepada genre fotografi semata-mata, genre lain seperti Kejuruteraan, Pakar Sains, Ekonomi dan lain-lain akan "TIDAK SIAP" jika ILMU tidak di tuntut sebaiknya. KENAPA?
Kerana jika tiada ilmu seperti yang dinyatakan seperti di atas, masalah-masalah ini akan menyumbang kepada PEMIKIRAN NEGATIF kepada pelangan.

// Sebagai contoh, anda di upah menjadi jurufoto perkahwinan. Tetapi itu adalah kerja pertama (Dalam istilah jurufoto di Malaysia di panggil JOB) di mana anda sebelum ini hanya orang percaya dengan beberapa PORTFOLIO yang anda "ikut-ikut" (seperti yang di ceritakan di atas) yang telah diupload ke laman sosial dan ramai yang memuji anda seperti "Cantik!" "Wah! Lepas ini boleh la ambil gambar kawin aku pulak!" dan anda mula merasakan diri sudah profesional. Akan tetapi (tidak kata ianya tidak bagus bagi segelintir orang, ada yang berjaya) bila kerja bermula dan selesai sehari atau dua hari majlis, MASALAH akan timbul kerana anda :

i/ Lihat semua salinan di dalam komputer gambar yang di ambil ada masalah. Cth : BLUR, Shaking, WB (White balance tidak seragam), Gambar pengantin terlalu direct flash ke muka sampai hilang details kulit muka dan pelbagai masalah lain lagi yang timbul.
ii/ Oleh kerana masalah (i) timbul, masalah ke-dua pula lagi memeningkan kepala iaitu TIDAK TAHU UNTUK MEMBUAT SUNTINGAN gambar. Maka, kelam-kabut untuk belajar editing, baru nak mencari perisian yang di rasakan jika pandai "Edit" gambar, gambar boleh cantik! <== Ini salah. Kemudian mencari alternative lain iaitu mengupah tukang editor untuk membuat suntingan. Di sini terdapat tiga jenis Editor iaitu;

(A) Jenis belasah jer asalah dapat job ada duit (setakat tahu guna perisian secara asas) a.k.a sama dengan Jurufoto Bidan Terjun tadi.
(B) Tahu dan peka dengan kehendak pelangan (sanggup peningkan kepala melayan gambar yang boleh di kategorikan sebagai "Sampah", tetapi tetap siapkan)
(C) Tahu, peka dan tidak mahu ambil risiko (tahu membuat suntingan, menjaga kualiti kerja) dan mungkin masalah yang diterma setelah melihat semua gambar akan di tolak mentah-mentah.

// Maka dengan pelbagai masalah inilah para pelangan akan mengalami kerugian dan kelewatan mendapatkan album.


>> Ikuti sambungan pada bahagian 2

p/s : Penulisan ini bukan untuk menakutkan pelangan, tatpi untuk mengambil ikhtibar, pengajaran dan pembelajaran. Penulisan ini adalah dari pemerhatian dan pengalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!