Khamis, 24 Mac 2016

Tutorial Photoshop : Selective Color

Salam Jumaat kepada pembaca semua, moga hari ini menjadi hari penuh kerahmatan buat anda semua dan selamat berhujung minggu.

Semalam, ada pelajar saya bertanyakan bagaimana untuk menukarkan sesuatu warna subjek kepada warna yang lain tanpa menjejaskan warna yang wujud pada subjek lain di dalam sebuah gambar yang dikirimkan kepada saya. Dan bila dilihat, baru faham gambar yang dikirimkan agak sukar untuk di asingkan warna jika mengikut kaedah yang kebiasaannya. Di mana, subjek memakai baju berwarna hujau dan berlatar belakangkan lalang yang yang juga hijau. Lihat gambar di bawah ini.

Gambar Asal :

(Image by TheAuni Oniedegraphy)

Gambar Selepas :



Perisian : Adobe Photoshop Cs6
Tahap : Pertengahan

Langkah #1

// Buka fail image ke dalam Adobe Photoshop
// Duplicate image pada layer (Ctrl+J)



Langkah #2

// Image > Adjusment > Selective Color...


- Pilih Colors : Greens

- Setkan nilai seperti di atas

(Hasil untuk Selective Color : Green)
- Warna hujau dikurangkan dan warna kuning akan muncul sedikit


// Kemudian, Duplicate image tersebut. (Ctrl+J)
Option : Juga boleh kekalkan menggunakan layer yang sama.
// Pilih Selective Color sekali lagi dan pilih warna Yellows

- Setkan nilai seperti di atas

(Hasil untuk Selective Color : Yellow)
- Warna Kuning dinaikkan menjadi seperti warna koko

Siap!

Untuk penambah perasa, anda boleh gunakan Level untuk adjust brightness & Contrast serta Hue/Saturation

Image by TheAuni Oniedegraphy
Edited by rashidiisa.blogspot.com

Sebarang komen dan cadangan, sila komen di bawah ye..love u n peace..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!