Khamis, 7 April 2016

Blog Review : Filmora - Video Editor

Assalamualaikum sahabat dan pembaca blog ini. Kali ni aku nak shared sedikit pasal satu perisian video editing yang sangat simple-mimple tapi power, iaitu Filmora by Wondershare.

Kenapa review kali ni mengambil perisian Filmora sebagai  perkongsian dan rujukan adalah kerana kapabiliti perisian ini yang sangat mengangumkan aku apabila transition, word animate, effect dan lain-lain sangat baik dan mudah untuk digunakan.


Sebenarnya saya nak listkan beberapa perisian video editor, tetapi memandangkan ramai yang nak fast result dan malas nak try and error, maka saya kongsikan perisian ini. Perisian Filmora ini telah mengeluarkan versi 7 dan paling baru.


Sumber Youtube : Filmora Text Effect

Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam perisian ini, anda boleh membuat suntingan :

- Cut Clip
- Split screen
- Drag & Drop Clip
- Effect Text Editor yang sangat bagus seperti menggunakan perisian Adobe After Effect.
- Greenscreen Editor
- 4K Video Support
- Overlay - flare effect, Bokeh & light leak.

Manakala untuk proses output pula, ianya terdapat banyak pilihan samada export kepada format video asas, media social, smartphone dan lain-lain, rujuk di bawah :


Dan apa yang boleh saya katakan ianya sangat mudah dan senang. Anda tidak perlu menjadi video editor profesional, tetapi dengan filmora anda boleh edit video dengan baik.

Jika anda merasakan masih ada kekurang efek, anda boleh mendowload secara percuma (kepada yang beli full version).

Bagi saya yang menggunakan Adobe Premiere Pro & After Effect dan bekas pengguna FCP..adalah sangat-sangat teruja bila lihat perisian ini. Mungkin ianya tidak setanding dengan Adobe atau pun FCP, tetapi ianya lebih dari sekadar cukup bagi pengguna yang bukan dalam industri video kreatif.

Secara keseluruhan komen saya adalah :

Interface : Mesra pengguna
Effect : Mudah digunakan
Export Output : Banyak Pilihan
Peranti : Windows, Mac, IOS, Android

Rabu, 30 Mac 2016

Blog : Data Recovery



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca rashidiisadotblogsoptdotcom.
Terima kasih atas support korang sebab merajinkan diri membaca blog aku ni. Ok, blog ini banyak berkongsi ilmu berkenaan fotografi, videografi, grafik, bengkel dan yang berkaitan pada sesiapa yang baru masuk blog ini.

Kali ini aku nak shared satu masalah yang sangat-sangat ditakuti oleh kalangan jurufoto, videografer atau seangkatan dengannya. Masalah RECOVERY FILE/DATA!

Sebenarnya, perkara ini kadang-kala terjadi samada jurufoto (kita ambil contoh jurufoto ye..) menjadi kebiasaan atau mereka mempunyai banyak tempahan perkahwinan setiap minggu sehinggakan mereka terlupa nak simpan data yang diambil setiap kali selesai tugasan mereka. Aku juga tidak terkecuali suatu ketika dahulu. Ini adalah pengalaman. Dan kebiasaa atau orang putih panggil Habit ni susah nak aku betulkan sebab itu adalah atas diri sendiri.

Di dalam perkongsian aku kali ini adalah nak berkongsi software-software yang mungkin dapat menyelamatkan data anda dari terus hilang. (Tapi semua aplikasi ini tidak menjamin 100% akan dapat diselamatkan).

Sebelum korang pergi google atau klik link di bawah ni, aku nak korang pastikan masalah korang adalah :

1. Tidak format memori kad anda terlalu kerap.
2. Memori kad tidak di format dan kemudian diisi dengan data yang baru, kemudian baru perasan yang data sebelumnya tidak di simpan. Ini penyebab 50-60% sahaja data MUNGKIN dapat diselamatkan.
3. Kad mengalami masalah data Corrupt

Di bawah ini terdapat 10 senarai Software recovery yang mungkin anda boleh gunakan untuk menyelamatkan data anda :

1. Sandisk RescuePRO
2. Easus Data Recovery (For Sandisk) - For Win/Mac
3. Card Recovery
4. Recuva - Antara paling gemar digunakan
5. iCare Recovery
6. 7-Data Recovery
7. Recover MyFile
8. Kingstone Recovery (MediaRecover) - For Win/Mac
9. Data Rescue
10. Get Data Back


Ada yang berbayar dan ada juga yang tidak, jika berbayar aku tidak pasti sejauh mana tahap aplikasi yang mereka berikan dapat membantu korang untuk mendapatkan semula data yang dikehendaki.

Dan yang terakhir jika korang rasa data korang tu TOP secret bagai dan boleh bunuh diri kalau tak dapat, korang boleh pergi laman ini : https://www.krollontrack.com/services/data-recovery/
(itupun kalau ada duit la..) kat malaysia ni ada juga yang buat servis tersebut..macam Mydatareovery..tp tak pasti mcm mana..tidak pernah cuba..jika ada yang tahu boleh shared di ruangan komen dibawah untuk membantu rakan-rakan lain.

Baik share..mana tahu esok kita terjatuh..hilang ingatan..sekurang-kurangnya ilmu anda masih ada disini..hehe..(bukan doa..tapi tak salahkan beringat..)

Khamis, 24 Mac 2016

Tutorial Photoshop : Selective Color

Salam Jumaat kepada pembaca semua, moga hari ini menjadi hari penuh kerahmatan buat anda semua dan selamat berhujung minggu.

Semalam, ada pelajar saya bertanyakan bagaimana untuk menukarkan sesuatu warna subjek kepada warna yang lain tanpa menjejaskan warna yang wujud pada subjek lain di dalam sebuah gambar yang dikirimkan kepada saya. Dan bila dilihat, baru faham gambar yang dikirimkan agak sukar untuk di asingkan warna jika mengikut kaedah yang kebiasaannya. Di mana, subjek memakai baju berwarna hujau dan berlatar belakangkan lalang yang yang juga hijau. Lihat gambar di bawah ini.

Gambar Asal :

(Image by TheAuni Oniedegraphy)

Gambar Selepas :



Perisian : Adobe Photoshop Cs6
Tahap : Pertengahan

Langkah #1

// Buka fail image ke dalam Adobe Photoshop
// Duplicate image pada layer (Ctrl+J)



Langkah #2

// Image > Adjusment > Selective Color...


- Pilih Colors : Greens

- Setkan nilai seperti di atas

(Hasil untuk Selective Color : Green)
- Warna hujau dikurangkan dan warna kuning akan muncul sedikit


// Kemudian, Duplicate image tersebut. (Ctrl+J)
Option : Juga boleh kekalkan menggunakan layer yang sama.
// Pilih Selective Color sekali lagi dan pilih warna Yellows

- Setkan nilai seperti di atas

(Hasil untuk Selective Color : Yellow)
- Warna Kuning dinaikkan menjadi seperti warna koko

Siap!

Untuk penambah perasa, anda boleh gunakan Level untuk adjust brightness & Contrast serta Hue/Saturation

Image by TheAuni Oniedegraphy
Edited by rashidiisa.blogspot.com

Sebarang komen dan cadangan, sila komen di bawah ye..love u n peace..

Bengkel Adobe Lightroom - Photo Retouching

Terima kasih kepada semua pelajar yang menhadiri kursus Adobe Lightroom : Photo Retouching yang saya anjurkan pada 10 March 2016 yang lalu di Veriform Studio, Puchong.

Sebanyak 7 Peserta yang menyertai bengkel kali ini.

Di bawah adalah perkongsian gambar-gambar semasa kelas berlangsung.




(klik gambar untuk besarkan.)

Antara intipati di dalam bengkel kali ini, peserta di dedahkan :

// penggunaan asas software Adobe lightroom, 
// penyusunan data base / folder gambar
// membaik pulih gambar-gambar yang bermasalah
// menghasilkan tone pada gambar
// import dan export image
// penggunaan Teathering
// mempelajari dan memahami masking
// dan banyak lagi..

InsyaAllah bengkel ini akan di adakan pada masa akan datang..

Rabu, 23 Mac 2016

Fotografi : MEMORI KAD!

Assalamualaikum, bukan sepi itu tiada, bukan diam itu tiada kerja..haha..berfalsafah pulak..
Agak terkejar-kejar dengan masa dunia, family, kerja, kesihatan dan lain-lain..aku mendoakan kalian yang membaca blog aku ni sihat hendaknya.

Ok, baru post kat fb tadi berkenaan gadget ape yang kita kena ambil tahu..dan rasanya ramai tahu benda ni tetapi tidak ramai yang mengetahui apa keperluan dan kepentingannya.

MEMORI KAD!


(sumber google image)


Ramai di antara kita yang menggunakan memori kad jenis SD Card. Dan ramai yang sibuk nak beli jenis class 10, atau nak beli kapasiti yang tinggi sampai 32gb atau 128gb. (CF card lain entry kita sembang ye..fahami yang ini dahulu). Kenapa? Lihat penerangan lanjut dibawah.

Apa itu SD Card?

Memori kad jenis SD ini terdapat 3 jenis iaitu SD, SDHC & SDXC.
SD card merupakan sejenis kad yang menyimpan memori yang di panggil Secure Digital. Sebelum wujudnya model kad SD ini, terdapat beberapa generasi kad yang sepertinya adalah MMC card, masih wujud tetapi kurang digunakan atas beberapa faktor dan sebab.

SD card lebih baik berbanding MMC card kerana dari segi kelajuan, kapasiti dan keselamatan.

Apa yang aku nak terangkan bukan la details mana, malas nak bercerita spesifikasi pembuatan bagai, tetapi lebih kepada short form yang terkandung di atas Body card anda tu. Sebagai contoh tanda SD, SDHC, SDXC, 10, 6, 4, 2, UHS, U1, U3...apa tu? Lihat penerangan ringkas di bawah.

SDHC adalah teknologi selepas SD di mana kadar kapasiti dan kelajuan dipertingkatkan.
SDXC pula sama teknologi selepas SDHC di mana kadar kelajuan, kapasiti tertentu dipertingkatkan.

Untuk pengetahuan anda,

SD card biasa adalah jenis/kelas ke-2.
Kelas 2 ini kadar keupayaan menghantar data minimum adalah sebanyak 2mb/s sahaja. Dan di sebabkan itu, kelas-kelas lain wujud sehingga mencapai tahap kelas 10 yang boleh mencapai sehingga melebihi 300mb/s - 400mb/s pengahantaran data. Untuk memahami lihat jadual di bawah :


Jadi apa pula maksud SDHC. SDHC bermaksud SD High Capacity, dimana tahap penyimpanan data melebihi 4gb di dalam sesebuah memori.Tetapi ada juga tahap memori 8gb menggunakan jenis SD.

Kewujudan SDHC pula di bangunkan untuk kapasiti lebih dari 2gb bermula dari Kelas-4 sehingga Kelas-10. Secara purata kapasiti bagi SDHC adalah 2GB sehingga 32GB.

Manakala SDXC  pula adalah kekal pada Kelas-10. Secara purata kapasiti SDXC pula adalah 32gb sehingga 2TB

UHS atau dikenali sebagai Ultra High Speed. Ianya bertujuan untuk menentukan kelas kelajuan maksima. Dan terdapat dua jenis iaitu U1 atau U3. Lihat jadual di bawah.



Untuk pengetahuan, simbol UHS-1 hanya terdapat pada model SDHC dan SDXC sahaja. dan Kelajuan UHS-1 boleh mencapai kelajuan sehingga 104mb/s.

Di bawah ini pula merupakan jadual ringkas untuk pemahaman anda.



** Sumber
- www.sandisk.com
-www.sdcard.org

Jika ada kesilapan maklumat sila maklumkan di bahagian komen. Terima kasih.

Isnin, 18 Januari 2016

13 Kedai Barangan Kamera Online

Salam, ni post pertama rasanya untuk tahun ni..agak slow..sbb nak bahagi masa dengan kerja dan lain2..ok..posting kita kali ni lebih kepada sharing..di bawah ni adalah laman jual beli kamera, lens, aksesori kamera dan juga terdapat
Juga barangan kamera antik (lama). So far ini adalah penjual dari seluruh malaysia.

So sedikit sebanyak rasanya dapat membantu rakan-rakan kita yang nak membeli barangan baru atau 2nd hand..boleh la menyinggah ke kedai online mereka ni..ok..see ya..

Facebook : Camera2nd (kebanyakkan barang kamera lama)
Facebook : KL Used Camera & Lens
Facebook : YL Camera
Facebook : Camzila
Facebook : Cipta Angun
Facebook : Studio Zalon
Facebook : Altech Camera
Facebook : Kedai Kamera E-poh

Blog/Web : gadgetdijepun (barangan kamera import ori dari japan)
Blog/Web : photodepot
Blog/Web : bigbigstudio (aksesori)
Blog/Web : dgcolor (aksesori)
Blog/Web : Sashinki

Sebenarnya banyak, cuma aku tak mampu nak listkan kesemuanya..seperti ejad lowerpro, N4 Store dan banyak lagi..so minta la n tanya rakan-rakan lain..mayb diorg tahu lagi banyak selain list yg aku ada ni..(nak buat gak #jgnkecamsaya sbb tak list semua..)..mati la nak..nak liskan semua..haha..

Laman seperti Lelong atau mudah.my, juga korang boleh gunakan juga..kadang kala ianya bagus bagi mencari yang termurah di pasaran..

Tapi jika korang mencari kedai2 lain..boleh try tips ini..di dalam fungsi facebook..ada bahagian "see similar page". Cuba buka salah satu page di atas..dan nanti akan ada pautan dimana kedai-kedai online ni shared marketing diantara satu sama lain..try la..selamat mencuba.

Khamis, 19 November 2015

Convocation Day : UITM Seri Iskandar, Perak

Salam. Kesibukkan melanda lagi..akhir-akhir ni dapat banyak juga kerja. Tak dapat nak update blog ni. Dalam sibuk pun terpaksa kena luangkan juga blog ini. Okey, kali ni aku belanja gambar Convocation. Accually gambar ni agak lari dari tone yang aku nak, sebab habis semua aku format balik sebab masalah-masalah yang tak dapat di elakkan. So preset yang selama ni aku gunakan pun boleh terlupa backup dan terpaksa buat yang baru. Cumanya tak dapat tone yang lama..masih lagi dalam pembaikkan. Okey..layan dahulu gambar-gambar di bawah ni..ada masa aku upload blog ni. K bai. ^^















Jom Baca Ini!

Jana Pendapatan Anda!

Powered by NuffNang!