sumber image : google
Berita ini sudah keluar pada awal tahun ini dan sahaja RB (rashidiisa blog) ingin kongsikan serba sedikit tentang kamera yang sangat 'powerfull' dan versi yang digilai ramai. Bagi peminat siri Canon EOS 5D, pastinya ingin merasai apa yang terbaru dan hebat tentang keluaran ini. Dibawah ini ada infomasi yang mungkin membantu penggemar atau pembeli yang ingin mendapatkan pendedahan awal tentang adik bongsu EOS 5D ini berbanding dengan model 5D sebelumnya isitu 5DM3.
Spesifikasi di dalam model ini adalah :
// Sensor 50.2 MP CMOS Sensor
// 5fps Pengambilan Imej Berterusan.
// Tahap ISO 100-6,400 ( Maksimum 12,800)
// Mempunyai titik fokus sebanyak 61 titik, dengan kesan piksel yang lebih tinggi iaitu 150k (RGB+IR)
// Menggunakan prosessor terbaru Digic 6 x 2 (Dual)
// Panel LCD adalah sebesar 3" dengan keupayaan paparan 1.04MP
// Slot simpanan Memori pula terdapat dua jenis isitu SD card (sesuai digunakan jenis USH-i) dan CF card.
// Terdapat Medium Raw (M-Raw) dan Small Raw (S-Raw)
// Format video Full HD 1080p 30fps dan untuk Slow-Mo 720p 60fps
// Timelapse
// Menggunakan USB-3.0
// Jika menggunakan APS-H kualiti adalah sebanyak 30MP, manakala APS-C pula adalah 19.6MP sahaja.
Kelebihan dan kekurangan berbanding 5DSR @ 5DS dengan 5DM3 adalah :
Apa itu S dan SR?
Dua Model ini hampir sama dari segala segi, cuma terdapat perbezaan untuk Optical Low-Pass Fillter dimana "S" mempunyai Optical Low pass Filter, manakala "SR" pula terdapat fungsi Self-Cancelling sistem. Sistem pada SR juga digunapakai oleh D800 dan D800E yang dikeluarkan oleh pesaingnya Nikon.
Peritis Kejayaan EOS 5DS/5DSR
Namun begitu keluaran EOS 7DM2 adalah perintis bagi keluaran model terbaru 5DS/5DSR ini, dimana jika terdapat kesan flicker pada sesi rakaman, ianya dapat dikesan dengan baik.
Malah model terbaru siri EOS 5D ini terdapat fungsi Intervaolmeter yang tercipta didalam bagi mengambil video Timelapse
Jadi, kumpul la duit yer untuk memeliki model ini bagi yang berkenan.
Nota : Jika ada kekurangan didalam artikel ini, diharap dapat memberikan maklumbalas untuk menambah-baik penulisan artikel dan juga blog ini untuk manfaat kita semua.