Wah! Sistem mirrorles. Yes, kamera mirrorless juga dikenali sebagai Micro Four-Third. Kenapa nama dia begitu? Aha, kerana kamera ini adalah jenis kamera kompak yang hampir menyaingi kamera DSLR dan menggunakan cropping sensor 4/3" (tu pasal la nama dia Micro Four-Third) yang sedikit kecil dari sistem kamere DSLR jenis pemulaan.
Apa kelebihan tentang kamera Mirrorless ini adalah sistemnya dikawal 100% secara elektronik. Kerana kamera jenis ini tiada makanikal part seperti DSLR yang mempunyai inlet mekanikal shutter, kaca prisma dan lain-lain. Dan sistem Mirrorless ini pula tidak mempunyai viewfinder berbanding dengan kamera DSLR yang perlukan pengguna melatakkan pandangan mata ke ruangan kecil yang terdapat pada DSLR, tetapi ianya boleh dilihat melalui Live View System. Dimana pengguna boleh melihat segala paparan dan data exif seperti shutter speed, iso, aperture, histogram dan lain-lain di atas skrin LCD.
Membuatkan kamera Mirrorless ini nampak kacak bergaya adalah kerana kamera ini juga berkemampuan untuk menukar lensa. Ada pro dan kontra dengan Mirrorless ini kerana, lensa yang terdapat terlalu sedikit pilihannya berbanding dengan kamera DSLR yang mempunya pelbagai lambakan jenis lensa. tetapi ada sesetengah jenama seperti nikon, panasonic, olympus, canon, fujifilm dan beberapa jenama terkenal meningkatkan keupayaan sistem kamera mereka dengan mencipta lens-converter dimana ianya boleh menggunakan lensa jenis F-mount yang sering diguna pakai oleh kamera DSLR.
Baik disini ada sedikit review yang telah aku buat, mungkin ada kekurangan data yang aku terima tetapi ini apa yang pernah aku cuba dan aku sampaikan.
Bagi pembaca yang menggunakan sistem Mirrorless jangan la mengeluh dengan apa yang aku tunjukkan dan sampaikan. Kerana, kamera adalah sejenis alat sahaja. Jika penggunaan kamera lemah, mana mungkin mengunakan kamera canggih akan mendapatkan hasil yang baik.
Ada beberapa berita baik tentang teknologi Mirrorless ini. Salah satunya Sony Corp. sedang giat mengorak langkah mengahasilkan kamera Mirroeless yang menggunakan sensor yang lebih besar iaitu Full Frame sensor. Dan pesaing terkenal dalam arena pembuatan kamera iaitu Fujifilm dan Olympus juga dalam kearah yang sama. Jadi kita nantikan berita baik ini.
P/s : Aku pun dalam proses nak beli satu kamera jenis ni, tapi apakan daya..pengganti DSLR yang sekarang ni memerlukan body yang baru. Model apa..? Kuning kah? atau Merah kah? atau Oren kah?haha..
Jika ada kekurangan didalam entri kali ini, sudi-sudi la hendaknya menghantar komen bagi memperbaiki tulisan ini. Sekian.